seismik

[VIDEO] Budak Perempuan Jatuh Diselamatkan Anjing, Komen Netizen Pula Buat Semua Terharu

"Terharu dengan komen non-muslim yang sangat concern, macam ni la Malaysia" - Netizen

Cover image via @queeniejasia (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang mempunyai haiwan kegemaran masing-masing untuk dijadikan peliharaan

Kebanyakan orang Muslim gemar memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan. Manakala orang bukan Muslim sukakan anjing untuk dijadikan haiwan peliharaan di dalam rumah. Iyalah, haiwan peliharaan telah menjadi sebahagian daripada keluarga kita.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seekor anjing dilihat seperti menyelamatkan seorang budak perempuan daripada jatuh tergolek itu telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@queeniejasia

Budak tu elok je dok guling sekali anjing datang Kesian tapi kelakar la pulak #1stfyp #fyp

original sound - Queen. - Queen.

Tidak takut dan nampak relax walaupun diserbu serta dipeluk anjing

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang wanita sedang mengejar anjing mereka yang berlari ke arah seorang budak perempuan di sebuah taman. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anijng itu dilihat menyerbu dan memeluk budak perempuan yang sedang menggulingkan badan seakan-akan seperti jatuh tergolek. 

Kemudian, dua orang wanita yang merupakan tuan kepada haiwan itu dilihat segera mengambil anjingnya yang terlepas itu.

"Comelnya anjing itu, dia nak selamatkan budak tu je" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 1.5M tontonan, 104K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu.

Malah, ramai yang terharu apabila netizen bukan Muslim sangat prihatin kepada keadaan budak perempuan itu. Mereka siap menasihati orang bukan Muslim yang ingin membawa anjing ke luar supaya dipakaikan tali. 

Komen netizen daripada kaum Muslim juga sangat baik dengan mengatakan perkara itu boleh disertu dan disamak kerana Islam itu mudah.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga kejadian ini boleh dijadikan iktibar buat semua orang, we are sharing the world! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: