seismik

"Tersusun Ayat" - Tular Video Pelajar Jepun Fasih Berbahasa Melayu Raih Pujian Netizen

Fluent betul!

Cover image via @Kouji_Jepun (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai penutur jati bahasa Melayu, pasti kita akan rasa teruja apabila kaum atau warganegara lain boleh bertutur bahasa kita dengan fasih bukan?

Ramai kaum bukan Melayu seperti Cina dan India yang memang pandai berbahasa Melayu, memang rasa terpesona bila dengar mereka bercakap. Pernah atau tidak anda terfikir orang luar negara juga mengambil inisiatif untuk belajar bahasa kita?

Seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila sekumpulan pelajar Jepun fasih berbahasa Melayu telah menarik perhatian ramai. 

Lihat posting penuh itu di bawah:

Jawab dalam bahasa Melayu dalam rakaman video tentang kenapa suka Malaysia

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pelajar Jepun daripada Tokyo Foreign University sedang merakam sebuah video tentang mengapa mereka sukakan Malaysia. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila setiap pelajar lepasan jurusan bahasa Melayu di universiti itu dilihat menjawab dengan bahasa Melayu yang fasih. 

Mereka juga ditanyakan soalan seperti kenapa sukakan Malaysia dan apa yang membuatkan mereka merasa kejutan budaya apabila tiba di Malaysia semasa program pertukaran pelajar. 

"Saya suka makanan Malaysia dan orang Malaysia."

"Sudah tentu, saya suka Malaysia khususnya saya suka kebaikan hati orang Malaysia."

"Saya sangat suka Malaysia, orang Malaysia sangat baik hati kepada orang asing."

Lihat video penuh itu di bawah: 

"Macam tengok dubbing cerita ultraman. Power!" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih 5K retweets, 800 quote tweets dan 13K likes di Twitter, rata-rata netizen turut teruja dan memuji percakapan mereka yang fasih itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Memang tabik kat diaorang, bukan senang nak belajar bahasa asing ni! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: