KJ Kata Tiada Lagi K-Pop Untuk Hari Belia
Berita buruk untuk para fanatik K-Pop di luar sana, artis kesayangan mereka tidak akan diundang lagi untuk Hari Belia edisi akan datang. Adakah ini satu langkah positif dari kerajaan?
Sebelum Ini, Kerajaan Malaysia Dipalit Kontroversi Apabila Didakwa Membelanjakan Jutaan Ringgit Semata-Mata Untuk Kemasukan Artis K-Pop
Hari Belia tahun sebelum ini telah mencetuskan kontoversi kerana ramai yang berpendapat bahawa kedatangan penyanyi Korea (K-Pop) ke majlis tersebut dianggap sebagai membazir serta tidak mencerminkan mentaliti sebenar belia negara.
blogspot.comLaporan Audit Negara 2012 mendapati tiga kumpulan Kpop, U-kiss, Teen-Top dan Dal Shabet itu didapati dibawa masuk dengan kos RM1.6 juta yang ditanggung kerajaan.
malaysiakini.comKementerian itu juga ditegur atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut – berjumlah hampir RM3 juta.
malaysiakini.comPada November 2013 Lalu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Mendakwa Keputusan Kemasukan Artis K-Pop Telah Membawa Keuntungan Besar Sehingga RM140 Juta
Keputusan Kementerian Belia dan Sukan memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012 sebenarnya berjaya memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.
themalaysianinsider.comMenteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata itu antara kejayaan utama yang dapat dinilai daripada segi pulangan wang ringgit kepada negara hasil keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajuinya tahun lalu.
themalaysianinsider.comBagi Mengelakkan Kontroversi Yang Sama Berulang, KJ Akan Pastikan Tiada Lagi Jemputan Artis K-Pop Pada Hari Belia Akan Datang
“K-Pop dah tidak ada dah, minta maaf kepada semua,” kata Khairy ketika membicarakan mengenai bicara tokoh di Persidangan Kepimpinan Belia Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
informasi.myBeliau memaklumkan bahawa acara konsert K-Pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya.
astroawani.comMenurut Khairy, Hari Belia 2014 Akan Menyajikan Banyak Program Ilmiah Yang Lebih Bermanfaat
Penganjuran Hari Belia akan datang akan diisi dengan lebih banyak pengisian ilmu dan program agama bagi memastikan sambutan tersebut berjaya menjadi satu medan untuk mendidik anak muda ke arah lebih baik.
sinarharian.com.my"Kita dah susun semula pengisian Hari Belia. Lebih seimbang dan akan lebih banyak pengisian ilmu dan program agama diadakan," kata KJ.
sinarharian.com.my