seismik

Tiada Bil Elektrik Bercetak Sepanjang PKP, Ini Cara Untuk Anda Cek Bil TNB Secara Online

Mudah je!

Cover image via myinformasi

Rakyat Malaysia telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dari 18 Mac lalu dan dijangka bakal mengakhirinya pada 14 April depan

Image via Astro Awani

Susulan daripada PKP tersebut, pergerakan setiap individu adalah sangat terbatas malah banyak perniagaan juga ditutup buat masa ini.

Bukan itu sahaja, sebahagian besar perkhidmatan turut dijalankan secara dalam talian sahaja seperti pendaftaran i-Akaun KWSP dan pelbagai lagi urusan lain.

Urusan secara dalam talian dibuat bagi membantu kerajaan dalam menangani wabak Covid-19 yang semakin meruncing di negara kita ketika ini.

Justeru, turut mengambil langkah yang sama adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Image via TNB

TNB menerusi laman web rasminya memaklumkan bahawa ia bakal menghentikan sementara pengeluaran bil bercetak ketika tempoh PKP iaitu bermula Mac 2020. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan keselamatan pelanggan serta pekerja TNB terjaga.

Oleh itu, anda kini boleh menyemak bil elektrik secara online menerusi pautan di www.mytnb.com.my atau boleh juga membuat semakan melalui aplikasi mobile myTNB.

Jadi, untuk anda yang ingin membuat semakan secara dalam talian, sila ikuti langkah mudah seperti yang dikongsikan pengguna Facebook bernama Amira Azman ini:

Untuk makluman, menerusi laman portal TNB, bil baharu anda akan dianggarkan berdasarkan penggunaan bil bulan sebelumnya.

Seperti contoh, jika bil bulan sebelum adalah RM100, bil baharu anda akan dianggarkan pada jumlah yang sama RM100. Amaun bil tersebut kemudiannya akan diselaraskan semula setelah pekerja TNB membuat bacaan sebenar di kediaman masing-masing selepas tamat PKP nanti.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh juga hubungi :

CareLine : 1-300-88-5454
Operating Hours (during MCO period):
8:00 AM – 5:00 PM daily
Email : [email protected]

Itu sahaja! Mudah kan?

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: