Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Tunai ATM Antara Bank Mulai 1 Julai Ini

Anda kini boleh membuat pengeluaran tunai tanpa had dari mana-mana ATM di seluruh negara secara percuma.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengguna bank di Malaysia bakal tidak lagi perlu membayar caj pengeluaran tunai RM1 semasa menggunakan mesin teler automatik (ATM) bank lain bermula 1 Julai

Inisiatif ini membolehkan pemegang kad debit membuat pengeluaran percuma tanpa had di lebih 14,000 ATM di seluruh negara, tanpa mengira bank mana yang memproses kad pengguna.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, 15 Jun, Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) berkata pengecualian caj juga terpakai kepada mesin kitar semula pintar (SRM) yang dikendalikan oleh bank berlesen di Malaysia.

SAYS.com
Image via Suria Sabah

Persatuan-persatuan itu berkata langkah yang diambil dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mencerminkan komitmen industri perbankan bagi menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, inklusif dan berpatutan

"Industri perbankan menyedari bahawa wang tunai kekal sebagai cara pembayaran yang penting dan perlu bagi ramai rakyat Malaysia dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.

"Selaras dengan ini, pengalihan caj pengeluaran tunai ATM antara bank mencerminkan komitmen industri untuk memastikan akses yang andal, mudah dan berpatutan, di samping membantu meringankan beban kewangan harian rakyat," menurut kenyataan itu.

Mereka menambah, sementara Malaysia meneruskan peralihannya ke arah ekonomi yang lebih digital, bank juga akan terus mempromosikan pilihan pembayaran tanpa tunai yang selamat dan mudah untuk transaksi harian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: