x

seismik

“Tiada Lagi Kes Aktif Baru & Pesakit Akhir Telah Sembuh Daripada Covid19” - PM New Zealand

Kudos, New Zealand!

Cover image via Google

New Zealand kini meraikan kemenangan setelah berjaya memerangi wabak novel Koronavirus (Covid-19)

Image via Times of India

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri negara itu sendiri iaitu Jacinda Ardern. Beliau telah memberitahu bahawa tiada lagi kes aktif yang dilaporkan di negara itu.

Menurut laporan, pada satu sidang akhbar di Wellington, Arden berkata, pesakit Covid-19 terakhir telah disahkan sembuh dan berita gembira tersebut juga mendapat banyak pujian dari pelbagai pihak. Malah, ia telah dijadikan sebagai tajuk utama di seluruh dunia.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Image via DW

Syabas, New Zealand!

New Zealand telah mencatatkan kes Covid-19 pertama pada 28 Februari yang lalu. Setelah itu, negara berkenaan telah mengumumkan larangan perjalanan untuk Iran dan China bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mumbai Mirror

Pada awalnya Ardern hanya mengenakan sekatan separa pada 23 Mac, namun selepas dua hari, kerajaan mengisytiharkan sekatan pergerakan di seluruh negara apabila New Zealand telah merekodkan sebanyak 200 kes aktif.

Kemudian pada 27 April, sekatan pergerakan dilonggarkan dengan Wellington membenarkan beberapa perniagaan beroperasi semula dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

Walau bagaimanapun, perintah untuk duduk di rumah masih berkuatkuasa pada ketika itu. Pada 13 Mei, New Zealand semakin melonggarkan sekatan dengan membenarkan perniagaan, kafe dan restoran dibuka semula. Malah, majlis perkahwinan dan pengebumian juga dibenarkan dengan mematuhi syarat penjarakan sosial.

Sebahagian sektor pendidikan juga dibenarkan untuk beroperasi semula.

Pada hari Isnin, pihak Kementerian Kesihatan telah menyampaikan berita baik buat negara tersebut di mana New Zealand kini diisytiharkan sebagai 'Covid-free'

Image via The Spin Off

"Ini berita baik. Tidak mempunyai kes aktif buat pertama kalinya sejak 28 Februari amat bermakna dalam perjalanan melawan Covid-19, namun langkah pencegahan dan berwaspada perlu terus diamalkan," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Ashley Bloomfield.

New Zealand mencatatkan kes Covid-19 sebanyak 1,504 dengan 22 kematian.

Pada Selasa, Ardern telah mengumumkan bahawa kehidupan di New Zealand akan kembali seperti biasa dan menarik balik sekatan

"Kita tidak mempunyai lagi kes baharu Covid-19 dan mulai hari ini kita bergerak ke Tahap Satu daripada Tahap Dua tetapi sempadan masih ditutup," katanya.

Namun begitu, penduduk yang tiba di negara tersebut masih perlu dikuarantin selama dua minggu dan akan menjalani saringan sebanyak dua kali dalam tempoh kuarantin.

Wabak Covid-19 telah membunuh lebih 406,400 orang di seluruh dunia dengan lebih 7.09 juta kes disahkan manakala lebih 3.18 juta pesakit pulih, menurut data Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga berita terkini hanya di SAYS Seismik: