seismik

Tak Perlu Pening Lagi, Surau Di Pusat Beli Belah & RnR Akan Dibuka Semula Esok!

Alhamdulillah, lepas ni bolehlah pergi shopping dengan hati yang tenang.

Cover image via Xtra

Sejak berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semua surau di dalam pusat beli belah dan juga kawasan Rehat dan Rawat (RnR) tidak dibenarkan beroperasi

Image via Mimpi2020

Penutupan surau tersebut sedikit-sebanyak telah memberi kesukaran kepada umat Islam yang berada di dalam kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadah wajib mereka.

Namun, langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan agar pengunjung tidak terdedah kepada jangkitan wabak Covid-19 yang ada pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, umat Islam di negara ini mungkin sudah boleh menarik nafas lega apabila surau di dalam pusat beli belah dan juga RnR akan dibenarkan beroperasi mulai esok

Image via Sinar Harian

Memetik laporan, Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas hari ini telah memutuskan untuk membenarkan surau di kedua-dua tempat tersebut mula dibuka esok.

Namun katanya, pembukaan surau itu tetap tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Mesyuarat hari ini membenarkan pembukaan semula surau di pusat beli belah dan kawasan rehat dan rawat. Kita tahu rentas negeri kini dibenarkan mulai esok dan saya percaya ramai akan melakukan perjalanan jauh.

"Begitu juga dengan pusat membeli belah sudah ramai pengunjung. Jadi mulai esok semua dibuka. Bagaimanapun ia tetap tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Kepada mereka yang mahu menunaikan ibadat solat di surau perlu amal disiplin diri dengan mengamalkan penjarakan sosial dan sebagainya yang sudah ditetapkan majlis agama," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak artikel di Says Seismik:

You may be interested in: