“Promosi Tarik Pengunjung” - Hotel Di Johor Tawar 50% Diskaun Untuk Harga Bilik Mulai Esok
Ia susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mulai esok yang membenarkan rakyat merentas negeri sekali gus melancong di dalam negara.
Bermula esok, 10 Jun hingga 31 Ogos ini, rakyat Malaysia akan melalui Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran bakal diberikan
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu Perutusan Khas telah yang disiarkan secara langsung pada 7 Jun lalu. Tambahan pula, Muhyiddin turut menjelaskan bahawa pelaksanaan PKPP ini akan melibatkan tujuh (7) strategi iaitu:
- Pengukuhan Kesihatan Awam
- Perundangan dan Penguatkuasaan
- Pengukuhan Kawalan Sempadan
- Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi
- Pembudayaan Kebiasaan Baharu
- Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti
- Perlindungan Golongan Berisiko
Strategi ini akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan PKPP yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Kluster) Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Malah, mulai esok, 10 Jun, perjalanan merentas negeri akan dibenarkan KECUALI di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu bapa tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian."
Berita mengenai kebenaran merentas negeri itu ternyata telah membuatkan orang ramai menarik nafas lega kerana akhirnya mereka dapat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarga dan juga boleh melancong dalam negeri
Susulan penguatkuasaan PKPP mulai esok yang membenarkan rakyat negara ini merentas negeri sekali gus melancong di dalam negara, ia secara automatik memberi peluang kepada sektor perhotelan dan pelancongan untuk memberikan tawaran menarik kepada para pelancong.
Oleh yang demikian, pemilik hotel Thistle di Johor kini menawarkan diskaun sehingga 50% selain memperkenalkan promosi hebat bagi menarik pengunjung untuk melancong ke Johor
Menurut laporan, Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Hotel Thistle Johor Bahru, Joshua Wong, berkata pemain industri perhotelan dan pelancongan di negeri ini menawarkan promosi serta pakej menarik selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Dia turut menjelaskan bahawa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, hampir semua pelanggan telah membatalkan tempahan bilik kecuali pekerja industri kritikal yang jumlahnya sangat kecil.
"Selaras pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan semula rentas negeri dan pelancongan domestik, Hotel Thistle Johor Bahru menawarkan diskaun harga bilik sehingga 50% bermula esok untuk semua bilik kami.
"Promosi Harga Bilik Cuti-Cuti Malaysia ditawarkan hotel kami membolehkan pengunjung mendapatkan diskaun 43% untuk harga bilik, semalam malah jika memilih menetap lebih dua malam dan ke atas," katanya.
Selain itu, pengunjung juga akan menikmati diskaun hingga 50% iaitu pada kadar serendah RM190/malam dengan menghubungi pihak hotel terus menerusi telefon, emel, atau walk-in
Joshua turut menjelaskan bahawa pekerja mereka juga melakukan kerja nyah cemar dan sanitasi secara berterusan di semua bilik dan kemudahan hotel sejak PKP lagi selain mematuhi garis panduan ketat diarahkan kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga.
Sementara itu, pakej istimewa Mini Pelancongan turut ditawarkan di Lotus Desaru Beach & Spa dan Lotus Seaview & Spa di Pengerang, Kota Tinggi, Johor
Pengarah Jualan dan Pemasaran Lotus Resorts dan Hotel di Desaru, Kota Tinggi, Rohayat Din berkata, pihaknya juga memperkenalkan pakej istimewa Mini Pelancongan bagi menarik pengunjung ke dua hotelnya iaitu Lotus Desaru Beach & Spa dan Lotus Seaview Beach & Spa.
"Kami sudah menerima sebanyak 238 tempahan bilik setakat semalam dan kita jangkakan ia akan meningkat menjelang esok apabila PKPP berkuatkuasa.
"Bagi bilik di Lotus Desaru Beach & Spa Desaru, ia ditawarkan pada harga istimewa serendah RM180 semalam manakala bagi bilik di Lotus Seaview Beach & Spa di Pengerang,ia ditawarkan pada harga istimewa serendah RM150 semalam, " katanya.