seismik

"Tak Takut" - Tindakan Lelaki Kejar Biawak Ketika Kerja Di Kebun Ini Bikin Dekah

Trauma biawak itu kalau jumpa abang ini lagi.

Cover image via @shahbarudin1406 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehidupan haiwan reptilia yang berbisa di kawasan pertanian sering menjadi ancaman buat para pekebun

Seringkali kita mendengar berkenaan risiko apabila berhadapan dengan haiwan yang berbahaya ketika bekerja di kawasan petanian. 

Baru-baru ini, tular sebuah video berkenaan seorang pekebun lelaki yang bertindak berani mengejar seekor biawak di kawasan tempatnya bekerja.

Lihat video penuh di bawah:

Biawak tersebut berlari tak cukup tanah

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @shahbarudin1406 di TikToknya, lelaki berkenaan tanpa berfikir panjang terus mengejar biawak tersebut di kawasan pertaniannya.

Lebih menarik lagi, biawak itu hanya sekadar lalu saja di hadapannya. Gelagat lelaki berkenaan mengejar biawak itu sambil mengeluarkan bunyi 'buas' jadi tumpuan ramai.

Rata-rata netizen kehairanan dan terhibur kerana kebiasaannya kita yang dikejar oleh spesies-spesies seperti itu.

"Terbaik bang, kejar sampai dapat bang" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu mengejar biawak tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 133.8K likes dan 4499 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di laman sosial itu:

Susah lepas ni biawak-biawak nak cari makan :')

Image via GFYCAT

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: