seismik

TikToker Selamba Buat Video Menari Di Kedai Makan, Netizen Pula Yang Segan Tengok

Seronok betul dia.

Cover image via @ratufarahdiva (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini, banyak konten video TikTok yang menghiburkan hati kita boleh lihat

Malah, bukan itu saja tetapi juga ada juga yang berunsur ilmiah. Namun, ada juga konten yang mengundang kemarahan ramai sehingga telah mendapat kecaman.

Baru-baru ini, tular sebuah video dari seorang TikToker yang membuat aksi tarian di sebuah kedai makan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Menari sampai buat ramai tak selesa tengok

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang TikToker yang dikenali sebagai Ratu Farah Diva telah berkongsi aksinya semasa berada di sebuah kedai makan.

Dapat dilihat dia sedang membuat review bagi kedai makan itu untuk pengikutnya di TikTok. Tetapi, apa yang membuatkan ramai kurang selesa adalah caranya yang mempromosikan kedai tersebut dengan membuat tarian.

Dia membuat tarian berkenaan seorang diri di sekitar kawasan dalam kedai itu.

"Kenapa aku yang malu sampai scroll komen je tak sanggup nak tengok" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan perasaan malu mereka selepas melihat video itu. Ramai juga yang memberi pendapat mereka masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 119.5K views, 1,307 likes dan 857 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Macam-macam gaya ya TikToker sekarang buat review :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: