Tinjauan Mendapati 85% Rakyat Malaysia Gunakan TikTok Untuk Belajar Ilmu Baharu

Bila media sosial digunakan sebaiknya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TikTok

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berdasarkan satu tinjauan baru-baru ini, 85% rakyat Malaysia menggunakan TikTok untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan kendiri

TikTok kini bukan lagi sekadar platform tempat dipenuhi dengan trend yang tidak berfaedah. Sebaliknya, ia semakin dilihat sebagai hab pembelajaran, perkongsian budaya dan platform menghilangkan tekanan, menurut tinjauan baru-baru ini dikeluarkan firma perunding global Kearney.

Kajian yang dikeluarkan pada 18 Ogos itu meninjau 1,003 rakyat Malaysia merentasi pelbagai peringkat umur.

SAYS.com
Image via TikTok

85% responden percaya platform ini menjadikan pembelajaran mudah diakses, manakala 72% menggunakannya untuk peningkatan kerjaya dan akademik

"Pendidikan adalah milik semua orang dan mesti melangkaui bilik darjah fizikal. Apabila kita menjadikan pembelajaran menyeronokkan dan inklusif, kita mencetuskan semangat untuk pembelajaran sepanjang hayat, bukan sekadar lulus peperiksaan.

"Kemakmuran bersama yang sebenar bermula apabila ilmu pengetahuan boleh diakses oleh semua, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi atau geografi," kata pencipta kandungan pendidikan, Fathi Hussein.

Fathi, yang lebih dikenali sebagai @mathsanova di TikTok, mengubah pelajaran matematik yang kompleks menjadi kandungan yang ringkas, menyeronokkan, menarik dan mudah difahami.

SAYS.com
Image via TikTok

Selain bilik darjah digital, 84% responden percaya TikTok merapatkan jurang budaya di seluruh negara

Sementara itu, 65% berkata ia memupuk rasa penglibatan komuniti tempatan yang tulen.

Platform ini juga berfungsi sebagai ruang penenang digital untuk pengguna yang tertekan. Sekitar 79% responden menggunakannya untuk menemui hobi baharu, manakala 77% bergantung padanya untuk menguruskan tekanan harian.

"Apabila kita mengadakan perbualan terbuka tentang kesihatan mental, kita memecahkan kesunyian pengasingan dan mendemokrasikan sokongan emosi.

"Melalui komuniti dalam talian kami yang semakin berkembang di TikTok, kami berharap lebih ramai orang dapat berasa kurang keseorangan dan kurang takut untuk mendapatkan bantuan," kata Gia G Kon, kaunselor daripada organisasi kesihatan mental The Inner Lynk.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: