seismik

6 Tips Bawa Bayi Jalan Jauh Supaya Tak Merengek, Boleh Travel Dengan Tenang!

Mommy daddy take note.

Cover image via @arishdayyan (IG)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim cuti persekolahan ini sudah tentu ibu ayah telah merancang tempat percutian yang seronok untuk anak-anak

Mereka pasti akan rasa teruja jika dah sampai tempat itu bukan? Namun, ada beberapa perkara yang ibu ayah perlu ambil perhatian sepanjang perjalanan atau percutian itu. 

Iyalah, kanak-kanak tak macam orang dewasa boleh kawal emosi mereka. Kadang kala mereka juga ada emosi yang teruja, gembira malah tantrum juga. Jadi para ibu bapa, baca tips ni supaya anda sekeluarga boleh travel dengan tenang! 

1. Sediakan tempat yang selesa untuk bayi

Jika perjalanan anda perlu memandu beberapa jam, pastikan car seat untuk bayi selesa. Perkara ini juga memastikan keselamatan bayi itu berbanding menggendong mereka di depan tempat duduk penumpang

2. Pastikan bayi dah kenyang

Image via hello sehat

Bayi yang dah kenyang akan kurang merengek dan menangis semasa perjalanan seperti di dalam kereta. Namun begitu, ibu ayah jangan lupa sediakan susu atau makanan mereka di dalam kereta, supaya kalau mereka lapar, anda dah bersedia. 

3. Mulakan perjalanan pada waktu tidur bayi

Image via Hello Doktor

Hal ini disebabkan bayi boleh berehat sekali gus memastikan tempoh perjalanan bergerak dengan lancar. Walau bagaimanapun, para ibu dan ayah perlu elakkan bayi tidur dalam car seat untuk tempoh yang lama.

Ibu ayah mungkin boleh berehat sebentar di RnR untuk bawa bayi bersiar-siar di pangkuan apabila mereka sudah terjaga. Kalau kita yang dewasa pun penat duduk lama, mereka pun macam tu!

4. Sediakan permainan yang bayi suka

Image via POPSUGAR

Permainan bayi merupakan satu-satunya barang untuk menghiburkan mereka apabila bosan. Mereka sudah tentu akan ada permainan favorit yang boleh membuatkan mereka tenang dan berhenti menangis. Jadi, ibu ayah jangan lupa pack toys sekali tau!

5. Pakai pakaian yang selesa

Ibu ayah perlu teliti cuaca tempat yang hendak bercuti, jika cuaca sejuk atau berangin, pastikan bayi anda pakai baju yang tebal supaya tak masuk angin. Jika cuaca panas pula, pastikan anak anda memakai baju yang menyerap peluh. Ibu ayah boleh bawa baju lebih untuk ditukar nanti. 

6. Pastikan pampers tak penuh atau basah

Image via Pa & Ma

Kalau bayi anda menangis atau merengek, salah satu punca kemungkinan ialah pampers penuh dan membuatka bayi tak selesa. Sebab itu, ibu sentiasa perlu check dan tukar yang baru. Sekarang ada juga teknologi pampers yang boleh dilihat melalui garisan lampin, tak perlu selak tepi. Memang mudah!

Mommy daddy first timer, are you ready? Have fun!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: