seismik

Jangan Bercinta Dengan Classmate Dan 20 Lagi #TipsMasukU Yang Adik-Adik Kena Tahu

Gunalah semua tips ini untuk masa depan anda juga!

Cover image via Instagram @lanmohd

Sedia maklum, keputusan kemasukan UPU bagi sesi akademik 2016/2017 telah dikeluarkan 2 hari lepas dan nampaknya ia menjadi topik hangat yang disembangkan di sosial media terutamanya di laman Twitter

Malah, satu hashtag bernama #TipsMasukU telah dibuat dan sehingga hari ini ia menjadi sangat trending di laman Twitter.

Dan kalau anda perhatikan, kebanyakan tweet yang dibuat berunsur lawak sampai kami sendiri tak sanggup dah nak gelak. Semua orang mempunyai tips dan pandangan masing-masing yang mana kadangkala kami sendiri bersetuju dengan tips tersebut.

Jadi hari ini kami akan kongsikan kepada anda 21 #TipsMasukU yang sangat berguna untuk anda gunakan nanti

1. Tak payah bawak x-ray film waktu registration

Kebanyakan universiti di Malaysia mewajibkan para pelajar untuk menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum mendaftar. Ini termasuklah juga x-ray film yang perlu dibuat dan dibawa semasa hari pendaftaran. Tetapi percayalah, sesetengah universiti langsung tak perlukan benda ni dan anda akan merasakan ini adalah perkara sia-sia. Akhirnya anda akan simpan saja bawah katil sehinggalah hujung semester.

2. Jangan main-main dengan carry marks

Ya, ini penting. Sila take note. Kalau ada test, quiz silakanlah hadirkan diri. Semua ini penting untuk carry marks anda. Kita tak tahu soalan exam nanti susahnya macam mana. Jadi dengan adanya test, quiz ini semua, boleh dikatakan ia sebagai penyelamat anda untuk pointer nanti.

3. Kawan tu biar seimbang

Percayalah memang ada orang macam ni. Tambah-tambah lagi perempuan. Mesti nak berkawan dengan yang hot-hot saja. Maksudnya di sini, berkawanlah dengan ramai orang. Kita tak tahu kemudian hari, dengan siapa kita akan bekerjasama dan meminta tolong. Ingat, kecantikan kawan-kawan tu bukannya boleh menaikkan pointer pun. Selalunya yang suka melaram ni, buat group assignment bukan rajin sangat. Suka shopping je lebih.

4. Jangan mudah terpikat dengan abang fasi

Ini selalu terjadi sewaktu minggu orientasi. Biasalah pelajar perempuan, pantang nampak abang fasilitator yang handsome sikit, terus cakap "Oh my crush!".

Dinasihatkan jangan bercinta dengan abang-abang fasilitator. Anda mungkin mangsa yang ke-888 mereka. Sabar dulu, senior-senior 'hensem' masih lagi bercuti.

5. Belajar teknik merebut bas

Biasanya terjadi buat pelajar-pelajar semester pertama. Biasalah semester pertama mana boleh bawa kenderaan dalam kolej kediaman. Jadi, hanya bas sahaja yang ada untuk menghantar pergi dan balik dari kelas. Ada beberapa universiti yang mungkin kekurangan dari segi kemudahan bas dan menyebabkan anda kena belajar teknik menaiki bas yang ada dengan pantas tanpa sebarang keganasan. Tapi kadang-kadang tergolek juga kena tolak. Rezeki masing-masing.

6. Hati-hati bangun pagi

Kalau anda tak mahu menjerit semasa bangun pagi, pastikan buka mata perlahan-lahan dulu. Nak lebih afdal, buka mata tu sambil baca bismillah supaya dihindarkan dari malapetaka yang merosakkan mata. Berani kami katakan perkara ini memang terjadi. Terutamanya buat pelajar lelaki. Tapi yelah, kata orang itu rezeki. Mana nak dapat freeshow macam ni.

#JanganKecam

7. Sign attendance pastikan se-simple mungkin

Ingat ya, sign attendance tu pun penting juga. Kalau anda 'tak berkesempatan' ke kelas atas urusan 'penting' nanti boleh minta bantuan kawan-kawan untuk tolong tandatangan. Biasalah, kadang-kadang dah set alarm pun masih bangun lambat. Sampaikan member bilik pula yang bangun dulu sebab tak tahan dengan alarm anda yang menjerit-jerit minta dimatikan. Percayalah ini sangat annoying ya.

8. Cakap 'omputih'

Mungkin zaman sekolah dulu anda sangat jarang speaking English. Maka, di universiti lah anda perlu praktikkannya. Tetapi anda perlu bersedia sebab akan ada manusia-manusia durjana mentertawakan anda bila anda salah sebut atau salah grammar. Jangan risau, be confident dan pedulikan mereka. Biasalah #hatersgonnahate. Kalau mereka sering sangat 'membahan' jawabkan saja...

"Why bother, why bother, why bother!"

9. Di sini kau kenal erti 'kawan makan kawan'

Kami yakin kes begini kerap terjadi. Kawan makan kawan. Apa yang perlu anda lakukan jangan terlalu percaya dengan semua orang bahkan kawan rapat yang anda anggap BFF sepanjang hayat. Ingat, tak semua benda kita boleh ceritakan pada semua orang. Sometimes you have to keep it to yourself.

10. Jangan bercinta dengan classmate

Bayangkan anda bercinta semasa semester 1 dan akhirnya hubungan tidak bertahan lama dan putus di semester 2. Anda masih ada 6 semester bersamaan 3 tahun lagi nak menghadap muka dia. Ini memang azab, tambah-tambah lagi apabila dapat satu kumpulan untuk group assignment. Maka bermulalah kisah duka sepanjang semester. Padan muka!

11. Elak study last minute

Last minute maksudnya di sini ialah study di 'hujung-hujung minit perlawanan'. Anda ada 10 topik untuk dihabiskan jadi apa kata mulakan awal dua tiga hari sebelum peperiksaan supaya anda ada masa untuk study, makan dan tidur secukupnya. Tapi tak juga, sesetengah universiti menjalankan dua atau tiga peperiksaan dalam satu hari yang sama. Dinasihatkan supaya plan jadual study awal-awal bagi memudahkan anda nanti.

12. Simpan gambar paling hodoh kawan anda yang pernah anda tangkap

Wajib, penting, perlu! Hidup di zaman universiti ni tak boleh baik sangat. Kadang-kadang kena jadi jahat. Percayalah ini untuk masa depan kita bersama.

13. Elak letak maggi merata-rata

Kalau dah beli tu, kalau boleh simpan atau letak dalam almari. Nak lebih selamat manggakan terus. Hanya keluarkan bila perlu. Mesti roommates tak mampu curi punya. Bukannya kedekut, tapi kadang-kadang kita belum rasa pun lagi dah ada orang lain 'merasmikan'.

14. Jangan hidup untuk 3K

Hidup tu biar bersosial sikit. Jangan jadi kera sumbang yang tak bermasyarakat. Sesekali keluarlah dari bilik bergaul dengan kawan-kawan. Ingat networking tu penting ya. Jangan ingat kawan bilik anda tu kawan dunia akhirat. Sebab tak semestinya dia akan selalu ada jika anda perlukan bantuan.

15. Cuba elakkan jadi class rep

Bila minta tolong semua cakap elok-elok. Bila dah tolong photostate, nak kutip duit bukan main liat lagi. Kadang-kadang bukannya banyak sangat, 50 sen saja pun. Malah, bila dah kutip pun mesti akan short. Bila tanya semua orang siapa belum bayar, semua kata dah. Hmm pulak dah!

16. Selalu tukar password laptop

Tak semua orang di universiti ada laptop. Jadi, mungkin mereka akan pinjam laptop kepunyaan anda. Kali pertama mungkin benar untuk tujuan assignment. Tetapi selepas dah tahu password laptop anda, mula lah mereka buat harta. Main Facebook, layan YouTube bahkan Skype dengan girlfriend pun ada. Pa cita!?

17. Like page confession

Bukan itu saja, mungkin kadang-kadang kita rasa stress dan tak tahu nak luah di mana. Maklumlah, dekat Twitter pun pensyarah follow. Jadi nak selamat, buat luahan hati di page confession universiti anda. Tak kan ada siapa pun tahu, ianya dari anda. Paling best baca komen-komen yang ada. Kadang-kadang sampai nak tergelak dibuatnya.

18. Bangun pagi periksa phone dulu

Biasanya bila bangun tidur memang inilah yang akan dilakukan para pelajar. Tetapi bila bangun tengok jam dan kita dah terlambat ke kelas, pastinya kita akan cepat-cepat mandi dan bersiap dan terus ke kelas. Sampai di kelas, anda lihat semua orang tiada dan anda mula pelik. Baru teringat anda belum baca group whatsapp kelas. Buka je group anda baca "korang kelas cancel". Saat ini dah tak tahu nak gembira ke nak berduka.

19. Akan temui soalan paling susah dalam dunia "Makan kat mana?"

Bersedialah dengan soalan paling susah ini. Kadang-kadang dah 2 jam pun belum dapat jawapannya. Mungkin akan ada jawapan annoying seperti "makan kat mulut".

Apa perlu anda lakukan kepada kawan macam ni? Gelak kuat-kuat dan kata "kau ni lawak gila!"

20. Private akaun Twitter

Ini adalah langkah yang perlu anda lakukan bila masuk kelas selepas bismillah. Masa sesi perkenalan ini lah anda banyak idea nak tweet pasal lecturer. Ingat #followerperlutahu.

21. Jangan sesekali percaya member tak rapat ajak lepak mamak makan free. MLM tu.

Kalau tiba-tiba kawan yang tidak begitu rapat ajak lepak kedai mamak dan nak belanja, baik jangan pergi. Confirm MLM! Sebenarnya, tak salah pun kalau nak join MLM. Cuma yang salah mereka-mereka ni selalu tipu, kata nak jumpa sembang-sembang saja tapi kejap lagi akan datang seorang lelaki berbaju kemeja dan bertali leher paras pusat bawa fail dan minum bersama anda. Maka bermulalah kuliah outdoor untuk anda semua.

Buat adik-adik yang akan melangkah masuk ke Universiti kami ucapkan goodluck!

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik:

Bercerita mengenai #tips, anda sudah baca tips-tips ini?

You may be interested in: