seismik

10 Group Yang Paling Biasa Kita Ada Dalam WhatsApp. Eh, Group MLM Pun Ada?

Kekadang nak 'leave' serba salah, jadi 'mute' sajalah.

Cover image via SAYS

1. Group family

Tujuan utama group ini dibuat adalah untuk saling berhubung sesama keluarga apabila berjauhan.

Group family ni selalunya terbahagi kepada dua jenis iaitu family kecil dan family besar. Kiranya, group family besar ni ahli-ahlinya terdiri daripada sekecil-kecil sepupu baru darjah satu, hinggalah ke nenek saudara yang sudah veteran.

Perbualan selalunya berkisar tentang perbandingan keputusan peperiksaan anak-anak, mahupun perkongsian resepi Ayam Masak Lemak. Masa tu masing-masing nak menangkan anak masing-masing. Bila diperhatikan memang kelakar.

2. Group adik-beradik

Image via terbakor.com

Bezanya group ini dengan group keluarga itu tadi, di dalam group ini ibu dan ayah dikecualikan dan yang ada hanya adik beradik saja.

Biasalah, bila di dalam group family, salah sikit mesti kena tegur dengan ibu dan ayah. Jadi, point utama group ini lebih kepada berkongsi cerita yang dianggap rahsia dan topik-topik yang tidak patut diketahui ibu bapa. Betul tak?

3. Group kelas

Objektif utama group ini dibuat adalah untuk menyebarkan info mengenai kelas.

Contohnya berbincang mengenai assignment yang diberi pensyarah. Tetapi dalam banyak-banyak perkara, ada satu perkara yang pasti setiap ahli kelas nanti-nantikan iaitu "kelas cancel".

Namun ada pernah juga terjadi apabila anda mendapat berita kelas batal melalui group ini setelah anda tidak tidur semalaman kerana diberitahu ada test keesokannya. Inilah paling 'pedih' sekali!

4. Group budak lelaki

Sebenarnya group budak lelaki ini diinspirasikan dari group kelas.

Nak diikutkan, pelajar lelaki ini sebenarnya suka bergurau dan melawak yang kadangkala dianggap kasar oleh pelajar perempuan. Disebabkan itu, maka group ini pun ditubuhkan.

Selain itu, motif group ini dibuat juga adalah untuk bercerita mengenai pelajar perempuan di dalam kelas. Di dalam kelas pasti ada paling kurang pun seorang pelajar cantik yang menjadi bualan masing-masing di dalam group. Paling nakal sekali, apabila masing-masing bercadang untuk bertaruh untuk mendapatkan pelajar perempuan tersebut.

5. Group girls only

Waktu zaman study dulu, sesetengah kelas, ahlinya banyak terdiri daripada perempuan berbanding lelaki. Maka terhasil lah satu group untuk pelajar perempuan saja.

Dan kalau diperhatikan, selalunya pelajar perempuan ini lebih suka berpuak-puak dan berkumpulan. Ada saja nama kumpulannya. Powerpuff Girls lah, Girls Generation lah dan banyak lagi.

Antara topik yang dibualkan adalah mengenai pelajar lelaki paling hot di kolej. Betul tak girls sekalian?

6. Group surau

Semasa belajar di kolej dulu, mungkin anda juga rajin untuk solat berjemaah di surau. Disebabkan itu, anda mula berkenal-kenalan dengan ahlijawatankuasa surau kolej anda.

Namun, tak disangka-sangka anda dimasukkan di dalam satu group yang dinamakan "Group Surau Kolej Delima." Kalau ada orang dah masukkan anda, memang rasa berdosa untuk keluar daripada group tersebut.

Oleh itu, setiap hari anda akan mendapat tazkirah percuma oleh ahli group tersebut pada setiap waktu solat. Jadi, setiap kali ada yang berkongsi ilmu agama dan meminta menyuruh memboikot barang yahudi, anda hanya membalas dengan emoji ibu jari sebanyak tiga kali.

7. Group usrah

Image via ismamesir.net

Kumpulan usrah kebiasaannya merupakan kumpulan pelajar yang aktif di kolej dan universiti.

Selalunya usrah dibuat pada hujung minggu yang mana akan menghimpunkan ahli-ahli mereka untuk bersama-sama mendengar cerita dan berdiskusi mengenai perkara berkaitan agama. So, bagi mendapatkan lebih banyak info secara mudah, group whatsapp kumpulan ini ditubuhkan.

Antara topik yang hangat di dalam group ini ialah bercinta selepas nikah. Sesekali kakak senior akan berkongsi klip video nasyid ’Kasih Kekasih‘ yang memberi mesej bercinta selepas kahwin.

8. Group kawan-kawan sekolah

Sebenarnya tujuan asal group ini adalah untuk mengimbau kenangan semasa di sekolah dan merancang untuk mengadakan reunion.

Semua bersemangat dan tak sabar untuk menghadiri hari tersebut. Namun, setelah 3 tahun group itu ditubuhkan, sekalipun tidak ada reunion yang dibuat malah group tersebut semakin lama semakin sunyi seperti tidak berpenghuni.

Group ini hanya sesekali saja 'berbunyi'. Itupun apabila salah seorang kawan anda menyambut hari jadinya pada hari berkenaan. Semua orang berlumba-lumba memberi wish, tetapi malangnya semua wish tersebut adalah sama. Ahli-ahli ​group​ cuma ​copy​ dan ​paste​ saja ​wish​ yang pertama masuk. Semua malas nak taip.

9. Group 'unknown' bisnes

Group bisnes ini ada banyak, cuma kali ni kami nak fokus pada satu cabang perniagaan iaitu "MLM".

Selalunya kita dimasukkan di dalam group ini oleh kawan lama yang sudah lama tidak bertegur sapa. Tiba-tiba saja kita dimasukkan ke dalam group ini. Setiap hari kita dimomokkan dengan kisah-kisah kejayaan orang A, kejayaan orang B apabila join "MLM" tersebut.

Disebabkan ingin menjaga hati kawan, kita mengambil keputusan untuk berdiam diri saja di dalam group. Disebabkan itu, rakan kita tadi yang selama ini pendiam akan memberi kata-kata semangat seperti "Sampai bila nak makan gaji?" dan "Taknak ke hantar mak pergi haji?" agar kita turut mengikut jejak mereka.

10. Group ofis

Group ofis kebiasaannya ditubuhkan oleh majikan bagi memastikan setiap perkara berkaitan kerja berjalan dengan lancar seperti yang diingini.

Setiap percakapan dan komunikasi di dalam group tersebut sangat professional dan menggunakan tatabahasa yang betul.

Namun disebabkan majikan anda tidak ubah seperti 'singa', maka wujudlah satu lagi ​group​ berhaluan kiri yang terdiri daripada rakan sekerja, tidak termasuk bos. Apa yang selalu diborakkan? Faham-faham sendirilah.

OK, sekarang jujur pada kami, anda ahli group yang mana satu? :D

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Rasanya semua pun dah tahu bahawa Facebook telah membeli Whatsapp dengan harga $19B pada awal 2014. Dengan nilai sebanyak itu, apa lagi sebenarnya yang FB boleh buat? BACA SINI:

You may be interested in: