Wanita Ini Kongsi Itinerari Dan 25 Tips Sangat Berguna Ketika Berbulan Madu Di Boracay
Sudah rancang mahu berbulan madu ke mana?
Buat bakal pengantin, anda semestinya sudah memikirkan destinasi yang ingin dituju untuk berbulan madu nanti bukan? Apabila sebut saja berbulan madu, mesti ramai yang terbayangkan Maldives, Bali, Phuket, dan banyak lagi. Tetapi bagaimana pula dengan Pulau Boracay?
Boracay adalah sebuah pulau kecil di Filipina yang cukup indah dengan kecantikan laut dan pantainya. Terletak kira-kira 135 kilometer dari ibu kota Manila, Pulau Boracay adalah salah satu pulau yang paling kecil di Filipina.
Namun begitu, ia juga dikategorikan sebagai pulau yang paling indah dengan tebaran pasir halus dan putih seperti gelas kristal yang memanjang. Air lautnya cukup biru dan pastinya akan memikat hati sesiapa saja ke sana.
Disebabkan itu, hari ini kami ingin kongsikan kepada anda itinerary perjalanan dan 25 tips yang dikongsi oleh wanita bernama Nadia Shahrum setelah 6 hari bercuti berbulan madu di sana
Hari pertama
2nd April:
1. Depart to KLIA2 at 8.00 a.m.
• Flight: AK 608 to Kalibo at 10.35 a.m. – 2.35 p.m.
2. Transfer to Boracay by van & speedboat (250peso per person)
• Terminal & environmental fee (175peso per person)
• Cagban Jetty Port to Station 2 hotel (100peso per tricycle)
3. Check in at Backpacker Zone Beach Resort (Landmark: At the back of Mandarin Hotel)
• Address: Zone 6 Miralles-Gelito St., Barangay Balabag, Station 2
4. Prepare for dinner
• Sambal Sardin, Telur Dadar & Ulam Timun
5. Seafood hunting at D’Talipapa Market
Hari kedua
3rd April:
1. Prepare for breakfast
• Maggi & Sandwich
2. Check out from Backpacker Zone Beach Resort and transfer to Henann Resort
• Address: Balabag, Station 2
3. Buggy Ride to Mt. Luho (1200peso per buggy + 120peso entrance fee per person)
4. Free & easy
5. Prepare for dinner
• Tomyam Seafood + Mushroom & Telur Dadar
6. Nightlife at White Beach
Hari ketiga
4th April:
1. Breakfast at hotel
2. Island Hopping (Crystal Cove (200peso entrance fee per person), Magic Island Cliff Jumping, Crocodile Island, 1 snorkeling point & final stop at Puka Beach) (2000peso private boat + 300peso boat fee & 150peso per tricycle ride from Puka Beach back to Station 2)
3. Prepare for lunch
• Carbonara Seafood
4. Free & easy
5. Prepare for candle-light dinner
• Kangkung goreng belacan, udang goreng tepung, ikan 3 rasa
6. Nightlife at White Beach
Hari keempat
5th April:
1. Breakfast at hotel
2. Zipline & Cable Car (700peso per person & 150peso per tricycle ride to Zipline location)
3. Helmet Diving (600peso + photo & video per person)
4. Prepare for lunch
• Bihun Kari Seafood
5. Free & easy
6. Prepare for dinner
• Paprik seafood
7. Nightlife at White Beach
Hari kelima
6th April:
1. Breakfast at hotel
2. Free & easy
3. Prepare for lunch
• Sotong goreng kunyit & terung belada
4. Free & easy
5. Prepare for dinner
• Kari ayam yeo’s, sambal kupang tin & ulam timun
6. Souvenirs hunting/final shopping at D'Talipapa
Hari keenam
7th April:
1. Breakfast at hotel
2. Check out at 10 a.m.
3. Transfer to Cagban Jetty Port (100peso per tricycle)
• Terminal fee (100peso per person)
4. Transfer to Kalibo Airport by speedboat & van (250peso per person)
• Flight: AK 609 to KLIA2 at 3.05 p.m. – 6.50 p.m. (700peso airport tax per person)
#1. Percutian paling kurang 5 hari
Kalau pergi Boracay naik AA better pergi 5 hari sekurang2nya sebab 2 hari dah habis dalam perjalanan je. (Flight 4jam, Kalibo Airport to Jetty naik van/bas 2jam & 15mins boat ride to Boracay + 15 - 20mins lagi naik tricycle to hotel) so sampai mmg dh sunset. Sana gelap awal by 5.30 p.m. Lagi 3 hari InsyaAllah cukup nak spend tapi kalau jenis hantu laut memang still tak puas.
facebook.com#2. Tak perlu book transport awal-awal
Airport transfer dari Kalibo ke jetty tu tak perlu booking awal2 sebab belambak je kat sana. Exit dari arrival hall tu ramailah driver memanggil kita. If pergi 4 orang boleh naik taxi sebab lagi selesa & direct. Kalau naik van dia macam konsep penuh baru jalan lepastu along the way ada stop utk pick up org lagi or turunkan org. So mcm slow la sikit perjalanan tu.
facebook.com#3. Boleh beli simcard nombor tempatan di luar airport
If sejenis manusia tak boleh hidup tanpa internet bolehlah beli simcard kat luar airport. Ada 2-3 operator rasanya mcm lebih kurang je servis kot. 400peso utk unlimited. Sorang beli boleh share data kalau nk jimat. Kalau terlupa kat White Beach tu byk je jual. Tak perlu stress.
facebook.com#4. Menginap lama di Balabag, Station 2 jika mahu happening
Anda suka happening? Haa sila stay di Station 2. Kat situ nightlife dia busy & kat situ juga terletaknya D'Mall & D'Talipapa market.
facebook.com#5. Resort di Station 1 agak mahal
Station 1 pula banyak resort2 & hotel2 mahal. Kalau rasa nak privacy holiday ala Kim K or Paris Hilton bolehlah book hotel kat sana.
facebook.com#6. Kena pandai berjimat
Oleh kerana kami ni pergi honeymoon trip jadi haruslah bazirkan duit Aziz dengan stay kat resort mahal Tapi dalam kejam2 pon ada simpati juga. Caranya 2nd day tu baru kami transfer ke hotel mahal sebab kan 1st day sampai dh maghrib jadi macam membazir pula nak bayar bilik dekat seribu untuk berapa jam je. So kalau naik AA tu boleh la 1st night duduk hotel or hostel murah & the next day pagi2 tu baru pindah stay hotel mahal.
Kalau dia tak bagi early check in pun boleh je chill kat pool or lepak kat vip lounge (ni sebab kami ambil bilik private pool access so anytime boleh lepak free kat lounge tu dari 10am to 7pm sepjg stay kat sana. Makan & minum la air seberapa byk pon. Cuma nasib lah tak halal kalau halal mmg licin makanan kat situ. Kami kembong perut jela minum juice & coffee. Nasib sedap) Jadi boleh la berjimat cermat juga.
#7. Station 1 ke Station 2 tidak begitu jauh
Dari Station 1 nak ke Station 2 tu dekat je jalan. Tak jauh pun dalam 15-20 mins cuma penat sebab jalan atas pasir lagi2 kalau tgh panas terik. If malas jalan boleh pergi main road & tahan tricycle 40peso per ride. Mostly 1 tricycle boleh naik max 6 orang.
facebook.com#8. Hotel lebih murah di Station 3
Kalau rasa-rasa anda ni jenis orang yang bajet, suka backpacks & tak kisah peha melecet sebab jalan banyak boleh stay kat Station 3. Hostel & hotel murah2 banyak je. RM50 1 malam pon boleh dapat.
facebook.com#9. Wajib pergi ke Puka Beach
Siapa tak pergi Puka Beach kat Boracay tu sama je cerita dia tak pergi Eiffel Tower kalau pergi Paris. Puka Beach tu cantik bersih gila air dia, crystal clear dah setanding Maldives. Nak ke Puka Beach tak perlu nak ambil boat pun sebab boleh pergi naik tricycle. Caj 1 tricycle ke Puka Beach dari Station 1 100peso, Station 2 150peso & Station 3 mungkin 200peso. Best time pergi & nak nampak air cantik sesuai buat photoshoot ala2 model is waktu matahari tgh atas kepala. Pukul 10pagi - 3ptg. Pastu confirm balik jadi kulit Naomi Campbell tapi tak kisahlah kan dah nama pon pulauuu~
facebook.com#10. Susah cari makanan halal
Makan halal kat Boracay memang susah. Kalau ada pun tak banyak & mahal. If jenis tak kisah sgt psl hygiene boleh try makan kat D'Talipapa market. Situ ada la 2-3stall yg jual halal tapi macam tak berapa bersih sangat & murah sikit if nak compared dgn resto arab & indian cuisines. If makan luar boleh sediakan duit 200-400peso sekali makan. Depends on resto.
facebook.com#11. Bawa periuk nasi
Nak mudah taknak pening2 pasal makan better la bawa periuk nasi elektrik & masak la sepuas hatinya. Kalau rasa tak cukup masa boleh je masak before tido pastu panaskan la 2-3 kali. Bkn je halal tapi boleh jimat banyakk. Yang buat lagi best kat D'Talipapa tu ada wet market so segala jenis seafood & bahan kering/basah ada jual. Nak senang bawa rempah2, minyak, bawang, beras dari Msia. Sampai sana just beli lauk basah je. Siapa yang jenis suka masak & hantu seafood boleh meroyan jap tgk udang, sotong, ketam, lobster, ikan siakap, kerapu segala benda la.
Tapi pepandai la korang coverline dgn staff hotel bila masak tu sebab diorg confirm tak bagi kita masak dalam bilik. Lagi2 kalau 4-5 stars hotel. Bila nak keluar tu rajin2 la simpan rice cooker tu dalam beg semula sebab takut nanti housekeeping nampak time kemas bilik & report kat management. Mcm kami haritu dapat surat cinta (warning letter) from Henann Resort sebab on last night tu Aziz lupa nak sorok rice cooker bila kami keluar. Nasib baik dah nak balik time tu. Diorg just warning jela tapi still la kita rasa tak best nak masak lagi bila dh kena sound kan.
#12. Beli seafood dan upah masak
Kat area D'Talipapa tu pon ada cooking service. Kita boleh beli fresh seafood kat pasar & minta diorg tolong masakan ikut selera kita. Harga rasanya tak murah juga sebab dah jadi 2 kali bayar. Beli seafood & upah masak. Still the best bawa rice cooker & masak sendiri
facebook.com#13. Island hopping adalah aktiviti wajib
Aktiviti wajib kat sana harus la island hopping. Tapi utk snorkeling xbest sgt. Ikan mcm takde maybe sebab pantai terlalu bersih kot . Pastu cliff jumping. Kalau nak jump kat Magic Island dh termasuk dlm pakej island hopping tapi kalau nak test power lompatan berani mati boleh pergi Ariel's Point. Nak pergi situ je kena spend 1 day sebab dia sekali dgn pakej makan bbq & free flow air/beer tapi klo muslim tu tak berapa best la sebab makanan tak halal. So kalau pergi memang melompat jela semata. Ariel's Point rasanya dlm 2000-2500peso sorang.
facebook.com#14. Ambil pakej yang berpatutan
Berbalik pada island hopping. Make sure kalau anda ambil pakej ni dah termasuk dengan Crystal Cove (kena add 200peso untuk entrance fee), Magic Island Cliff Jumping, 2 snorkeling point/crocodile island & Puka Beach. Mungkin kalau anda bernasib baik dia akan stop kat tempat2 lain. Harga untuk public boat sekali lunch 800peso sorang tapi since makan tak halal we decided ambil private boat sebab tak banyak beza pun.
Kami bayar 2300 per boat 3-5jam. Kalau pergi ramai lagi jimat sebab small boat ni boleh muat 6-8 orang. Lagi best boleh sesuka hati suruh dia skip kalau tempat tu boring or berhenti lama sikit. Dah nama pun private kan. Makan boleh la bawa bekal apa2 sebab diorg tak sediakan makan.. Or else boleh je suruh diorg stop kat mana2 resto utk lunch kejap.
#15. Waktu terbaik naik bot adalah pada jam 9-10 pagi
Kalau ambil private boat utk island hopping best time to go pukul 9-10 pagi mcmtu. Jangan pergi awal pagi sangat sebab air tengah bergelora/current kuat. Nanti tak dapat terjun kat cliff. Diorg mmg suka pergi pagi sebab alasan tak panas nanti kita dgr pon mcm terpedaya so bila byk aktiviti skip sebab tak boleh buat haruslah kita balik awalkan.. End up tukang bawa boat tu boleh buat 2nd trip pula bawa customer lain after lunch. Jadi anda pikir la taknak panas or nak buat aktiviti byk.. Utk helmet diving pun sama. Best time pergi pukul 9-10pagi sebab masa tu ikan tgh byk & diorg still lapar. Kita hulur roti laju diorg makan. Gambar pun cantik. Kalau pergi ptg ikan dan kenyang sebab org lain dh byk bg makan
facebook.com#16. Cuba semua aktiviti yang ada
Aktiviti lain harus la zipline & cable car, helmet diving, zorb, buggy/atv to Mt Luho, paraw sunset cruising, stand up paddle, wind surfing & macam2 lagi la. Best sebab murah & silalah bargain harga kaw2. Cakap kita ni Msia pakai RM bukan $.
facebook.com#17. Rancang aktiviti anda
Zipline elok buat tghari sebab nanti boleh nampak view laut cantik membiru. Lepastu boleh sambung atv/buggy to Mt. Luho sebab location sebelah2. If Parasailing pula best buat awal pagi or lewat petang sebab angin tgh kuat. Jadi sila rancang aktiviti anda.
facebook.com#18. Bayaran untuk parasailing agak mahal
Cuma yang jadi pelik, parasailing lagi mahal dari helmet diving. Mula2 confuse juga tapi bila dh survey 3-4 tour agent, harga parasailing mmg lagi mahal sebab parasailing tu operator/company dia sorang je. Sedangkan helmet diving ada 5 company. So parasailing ni kira mcm xde persaingan la sebab tu mahal. Helmet diving diorg caj 600peso siap cd (photo & video) sedangkan parasailing range harga dari 800-1200peso. Parasailing kat msia pon belambakkan. Lebih kurang harga kat Batu Feringgi, Penang or PD. Jadi lebih baik la ambil helmet diving or main aktiviti lain. New experience kottt.
facebook.com#19. Wajib cuba Mango Shake
Kat Boracay juga wajib minum Mango Shake. Range harga dlm 70-100peso. Mahal juga tapi berbaloi sebab pure manga. Yang famous kat Jonah's Fruit Shake Station 1. Tak jauh dengan Willy's Rock.
facebook.com#20. Jangan lupa singgah ke Willy's Rock
Willy's Rock tu Christian temple/church dalam air lebih kurang macam Tanah Lot kat Bali tapi Willy's Rock ni kecil je.
facebook.com#21. Rasai pengalaman bersantai di White Beach
Pagi2 or petang2 boleh la chill2 kat White Beach. Boleh baring2, mandi manda, tulis nama atas pasir, buat rambut or henna tattoo or massage2 murah tepi pantai. Kalau rajin lagi boleh buat morning/evening walk dari Station 1 ke 3. Sambil bercuti boleh la exercise. Hehe. White Beach air sangat bersih & clear tapi setgh tempat ada seaweed/green algae. So pepandai la cari spot if geli dengan sejenis tumbuhan ala2 lumut.
facebook.com#22. Banyakkan membaca review di blog dan group travel sebelum pergi
Before pergi ada la baca2 blog & group travel pasal review semua. Ada yang kata org2 kat Boracay ni kuat scam bagai & suka minta tips tapi bila pergi haritu alhamdulillah ok je. Orang2 dia sgt friendly & bersopan santun. Elok je panggil kita mem/sir bagai. Kalau bargain & tak jadi ambil or beli takde pon nak maki2 marah2 mcm kat Thailand or China. Bab bagi tips pon ok. So far takde pon diorg minta mcm kat India & bila bagi diorg tak kisah pun kita bagi berapa. Diorg terima je dgn senyuman & ucapan tq. Kalau kat India jgn hrp la nk dapat layanan mcmtu. Kite bagi tips siap ckp tak cukup & minta lagi.
facebook.com#23. Souvenirs murah boleh didapati di D'Talipapa
Oh lupa! Kalau nak beli souvenirs murah boleh pergi kat D'Talipapa. Jangan beli kat D'Mall sebab mahal. Beza banyak juga tau. Cuma D'Talipapa tu tak commercial sgt so kalau tak tanya orang memang tak berapa nampak signboard dia. Jadi ringan2lah mulut bertanya D'Talipapa tu kat mana sebab D'Mall kedudukan dia depan White Beach. D'Talipapa pula dekat Main Road.
facebook.com#24. Air laut seperti di Maldives
Overall Boracay sangat best. 10 kali ganda lagi best dari Lombok. Cuma Lombok harus la kita enjoy makan sebab senang halal. Tapi Boracay ni dh equivalent to Maldives dah air dia. Sesiapa tak mampu nk chill kat pantai Maldives boleh la berangan ke Boracay sahaja!
facebook.com#25. Pilih travelguide yang betul
Nak tour guide best? Contact Thor N' Patricio +63 975 501 0559. Fully recommended
Cukuplah kot 25 tips. Nak yang ke 26 boleh PM direct. Nak tgk gambar2 berangan poyo boleh cari album Boracay
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!