seismik

Nak Gambar Travel Nampak Profesional? Jom Ikuti 'Tips & Trick' Semasa Ambil Foto Ini!

Barulah gambar cantik dan Instgrammable.

Cover image via Engadget & Xiaomi

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang kini dilihat sudah mula merancang untuk melancong ke luar negara

Kepada yang bakal merancang percutian tidak lama lagi, apa persediaan anda selain menempah tiket dan tempat penginapan? Kalau pergi bercuti ke luar negara ataupun dalam negara, sudah pasti kita suka bergambar dan OOTD untuk kita kenang sebagai memori indah.

Kalau macam itu, sudah tentu kita perlukan kamera canggih bukan? Jangan risau anda hanya perlukan telefon pintar yang lengkap dengan kamera canggih dan ketahanan bateri yang lama. Lagi senang nak berjalan!

Telefon dah settle, sekarang anda hanya perlu tahu petua fotografi supaya anda boleh menangkap gambar travel seperti profesional!

Image via GIPHY

1. Gunakan rule of thirds

Rule of thirds merupakan satu petunjuk yang membantu para jurugambar mengambil gambar dengan menfokuskan objek di tempat yang sesuai. Kebiasaannya, telefon pintar akan tetapkan grid 9 segmen. Objek yang hendak difokuskan hanya boleh menyentuh 1 garisan dalam 1 segmen saja, tak kisah sama ada dalam bentuk vertikal atau horizontal. 

Image via Xiaomi

2. Kenal pasti blue hour dan golden hour

Blue hour adalah semasa keadaan langit terlihat biru, iaitu sebelum matahari terbit di pagi hari dan sesudah matahari terbenam di waktu senja. Konsep blue hour sangat sesuai untuk mengambil gambar jenis city photography kerana lampu bangunan dan jalanan memang blend in dengan latar langit yang kebiruan. 

Image via Conor MacNeill

Golden hour pula adalah semasa langit berwarna keemasan. Biasanya sejam sebelum atau selepas matahari terbit dan terbenam. Sesuai jika anda ingin mengambil gambar di tepi pantai atau tempat yang menampakkan view nature yang luas. 

Image via Flickr

3. Guna pencahayaan semula jadi

Gambar akan jadi lebih sempurna apabila ia tidak over exposure (lebih pencahayaan). Anda boleh kawal pencahayaan dalam gambar. Tidak mengapa jika gambar anda tidak mempunyai pencahayaan sempurna kerana boleh disunting berbanding gambar yang over expose. Tipsnya, ambil saja gambar menggunakan pencahayaan semula jadi. 

Image via Xiaomi

4. Variasikan angle anda

Kalau nak hasilkan gambar yang lawa, cuba variasikan angle anda. Jangan tumpukan pada satu tempat dan shoot. Cuba untuk gerakkan telefon anda sehingga dapatkan angle yang cantik dan sesuai.  Jadi, cubalah terokai angle yang sesuai dengan anda seperti low angle, high angle, eye-level angle, bird eye view dan lain-lain. 

5. Bawa tripod sendiri

Kalau travel dengan kawan-kawan senanglah nak suruh mereka tolong ambilkan gambar bukan? Kalau travel solo, memang payah. Sebab itu, kena bawa tripod sendiri. Barulah senang nak adjust angle dan jarak yang kita nak. Kalau ambil gambar berkumpulan dengan kawan-kawan pun senang!

Image via Cek List

Nak lagi lengkap semasa travel, bawa telefon pintar terbaru Xiaomi 12T Pro bersama!

Telefon pintar Xiaomi bukan saja menjadi essential kepada penggembara dan orang yang gemar melancong, malah ia lengkap dengan pelbagai features yang canggih. 

Cipta mega momen: Xiaomi 12T Pro dilengkapi dengan sistem pengimejan 200MP pertama di Malaysia dalam kamera telefon pintar. Dengan teknologi tersebut, gambar anda akan terlihat jelas. Kamera itu juga menampilkan Xiaomi ProCut dan Ultra burst.

Image via Xiaomi

Features ini membantu anda mencipta kandungan dengan lebih mudah dan kelihatan profesional. Tambahan lagi, teknologi Xiaomi ProFocus AI yang ada di dalam kamera ini akan menggabungkan fokus penjejakan motion, motion capture dan fokus penjejakan mata supaya dapat mengambil gambar bergerak lebih jelas.

Jom lihat bukti! Tengok gambar di bawah ini, walaupun gambar telah dizoom, gambar tersebut masih jelas dan tidak pecah. Senang kalau travel nanti kan?

Lebih power: Snapdragon 8+ Gen 1, SoC 4nm terkemuka dunia akan memberikan kuasa kepada pemprosesan imej, prestasi dan kecekapan. Ia akan meningkatkan prestasi sambil mengurangkan kuasa secara drastik, sebab itu jangka hayat bateri anda akan lebih lama dan telefon pintar anda akan terasa kurang haba. 

Image via Xiaomi

Bekerja dan bermain games lebih baik: Dengan adanya paparan CrystalRes (1220p) AMOLED, SOUND oleh Harman Kardon dan Dolby Atmos, ia akan memberikan hiburan yang optimum. Inovasi canggih yang menggabungkan bateri 5000mAh dan Xiaomi 120W Smart HyperCharge akan menjadikan kehidupan lebih mudah, selamat dan bebas. Tak perlu risau lagi tentang bateri!

Image via Xiaomi

Tunggu apa lagi? Beli Xiaomi 12T Pro sekarang di Kedai Sah Xiaomi terdekat!

Image via Xiaomi

Harga pasaran:

Xiaomi 12T – [8GB + 256GB] RRP: RM 1,999
Xiaomi 12T Pro – [8GB + 256GB] RRP: RM 2,699
Xiaomi 12T Pro – [12GB + 256GB] RRP: RM 2,999

Apa yang lagi menarik, anda akan berpeluang mendapatkan earbuds PERCUMA dengan setiap pembelian telefon pintar siri 12T sepanjang bulan November tau!

Image via Xiaomi

Anda juga boleh beli di Shopee dan Lazada.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik