[VIDEO] TMJ Beri 'Speech' Berapi Kepada Skuad Harimau Malaya Selepas Tewas Di Final

TMJ hanya mampu berterima kasih kepada semua pemain.

Harapan skuad Harimau Malaya untuk merangkul pingat emas di kejohanan Sukan SEA #KL2017 berkecai selepas tewas 0-1 di tangan Thailand malam semalam

Image via Osman Adnan

Skuad bimbingan Ong Kim Swee terpaksa akur dengan pingat perak selepas berhempas pulas di hadapan ribuan penyokong yang membanjiri Stadium Shah Alam.

Penjaga gol pasukan Muhammad Haziq Nadzli melakukan kesilapan apabila bola yang ditampannya telah masuk ke gawang sendiri pada minit ke-39 daripada tendangan sudut. Pasukan Kebangsaan kemudian gagal menemui gol penyamaan walaupun menguasai keseluruhan perlawanan.

Haziq ternyata kecewa kerana kesilapannya itu telah menghadiahkan kejuaraan dan pingat emas kepada pasukan Thailand

Image via says.com

Walaupun kecewa, Presiden FAM, TMJ memberi inspirasi kepada pasukan bawah 22 tahun itu dengan berkata dia sangat berbangga dengan pencapaian mereka di Sukan SEA

"Tak ada orang suka kalah. Kita tak suka kalah, tak ada orang suka kalah," kata Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memulakan ucapan.

Menurutnya, pasukan itu masih muda dan kekalahan ini bukanlah pengakhiran bagi mereka. Dalam pada kecewa, beliau berbangga dengan pencapaian pasukan kebangsaan yang dianggap sebagai aset untuk masa depan bola sepak tanah air.

TMJ hanya mampu berterima kasih kepada skuad Harimau Malaya yang telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan sukan SEA #KL2017

"Tidak ada seorang pun pemain yang patut berasa sedih. Memang patut rasa kecewa tetapi tidak ada seorang pun dalam bilik ini yang telah memalukan negara," kata TMJ lagi.

Video viral yang telah mendapat hampir 26,000 shares ketika artikel ini ditulis boleh anda saksikan di bawah:

Selepas perlawanan. Demi Bola Sepak Tanah Air #HarimauMalaya #TheRealHarimauMalaya #RevolusiFAM #EraBaharu

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Tuesday, August 29, 2017

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jom kita imbas kembali detik-detik manis sepanjang kejohanan Sukan SEA #KL2017:

Leave a comment