TOMEI Debut Di KLFW 2026, Tampilkan Koleksi Barang Kemas RM4 Juta & Fuzana Mokhtaza
TOMEI bekerjasama rapat dengan pereka fesyen terkenal Malaysia, Fuzana Mokhtaza, bagi menggayakan The Tomei Girls.
Cover image via TOMEIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menandakan penyertaan sulung TOMEI di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026, jenama barang kemas terkemuka tanah air ini mempersembahkan sebuah showcase eksklusif yang menampilkan koleksi bernilai lebih RM4 juta
Pertunjukan fesyen ini meraikan kehalusan seni pertukangan, warisan reka bentuk, serta visi moden TOMEI menerusi penerokaan pelbagai dimensi wanita masa kini.
Menerusi pertunjukan peragaan bertajuk "The Expression Walk", TOMEI bekerjasama rapat dengan pereka fesyen terkenal Malaysia, Fuzana Mokhtaza, bagi menggayakan The Tomei Girls. Rekaan Fuzana yang moden dan feminin mewujudkan hubungan harmoni antara fesyen dan barang kemas, membolehkan setiap ekspresi wanita diterjemahkan secara anggun melalui siluet, pergerakan, dan kehadiran di pentas peragaan.

Lebih daripada sekadar perhiasan, setiap helaian dalam koleksi khas ini hadir sebagai refleksi identiti, emosi, dan perjalanan seorang wanita. Melalui bentuk emas bersifat arca, batu permata mempesona, mutiara bercahaya, serta ketelitian seni pertukangan luar biasa, setiap rekaan menjadi bab penting dalam naratif transformasi diri:
- The Awakening: Permulaan perjalanan di mana seorang wanita mula mengenali kekuatan dan suaranya sendiri.
- Ekspresi Diri: Perkembanan emosi dan karakter menerusi segmen The Heirloom, The Temptress, The Eternal One, dan The Fire Within.
- The Final Form: Kemuncak persembahan yang menggambarkan seorang wanita yang hadir sepenuhnya sebagai dirinya.
Naratif runway ini turut menampilkan 12 koleksi utama dan siri ikonik TOMEI seperti Anastasia, Sri Puteri, Diamond Cut, Lusso Italia, Emerald, Ruby, Diamond, Pearl, dan Le Lumiere. Setiap koleksi membawa identiti tersendiri, bermula daripada warisan yang diperbaharui untuk wanita moden hingga ke seni pertukangan Itali yang terkenal dengan kehalusan dan ketepatannya.
Setiap rekaan barangan kemas dalam koleksi ini disesuaikan bagi memenuhi personaliti wanita yang berbeza
Bercakap mengenai kolaborasi ini, jurucakap TOMEI menjelaskan bahawa kerjasama bersama Fuzana Mokhtaza terjalin atas keserasian visi kedua-dua jenama dalam menterjemahkan keperluan wanita bagi pelbagai detik penting kehidupan.
"Fuzana bukan sahaja fokus kepada pakaian harian, malah pakar dalam rekaan cocktail dan bridal. Kami berkongsi pendekatan yang sama meraikan setiap saat penting dalam kehidupan seseorang, sama ada majlis hari jadi, perkahwinan, mahupun pertemuan santai," katanya.
Setiap rekaan barangan kemas dalam koleksi ini disesuaikan bagi memenuhi personaliti wanita yang berbeza, sama ada gaya ringkas (subtle) mahupun rekaan menonjol (statement piece).
Koleksi khas yang dicipta untuk Kuala Lumpur Fashion Week 2026 ini dilancarkan secara rasmi di cawangan TOMEI seluruh negara dengan penawaran unit terhad, pada harga bermula daripada RM3,000 ke atas. Ia menjadi sebuah penghormatan kepada wanita yang sentiasa berkembang, berubah, dan mendefinisikan dirinya mengikut caranya sendiri kerana seorang wanita tidak pernah hanya satu perkara, dia adalah pelbagai ekspresi yang sentiasa berkembang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


