seismik

Trending Nombor 1 Di YouTube, Giliran Video Muzik 'Hujan' Pula Catat Lebih 1 Juta Tontonan

Lagu nyanyian oleh Iqbal Zulkefli itu baru saja dimuat naik di YouTube pada 1 November lalu.

Cover image via Rusa Music (YouTube)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mendapat lebih 1 juta tontonan bagi video muzik untuk mana-mana penyanyi Malaysia ketika ini barangkali sesuatu yang dilihat biasa dan bukan lagi 'wow'

Namun, tidak bagi usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang baru melancarkan debut singlenya berjudul Hujan, pada 1 November di saluran Youtube Rusa Music.

Video muzik Hujan nyanyian olehnya kini telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan sejak ditayangkan kurang daripada 3 hari.

Manakala, hasil carian terkini SAYS Seismik mendapati terdapat 35 ribu tanda suka (likes) berbanding tanda tidak suka (dislike) yang hanya mendapat lebih dari 23 ribu reaksi.

Malah, lagu Hujan ini juga berjaya menduduki tangga pertama bagi carta ‘trending’ laman YouTube.

Difahamkan lagu itu mengisahkan tentang kisah benar dan perjalanan hidupnya yang dilalui selama ini

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan MV tersebut selain memuji bakat yang dimiliki oleh Iqbal.

Dalam ruangan komen muzik video itu juga dibanjiri dengan kata-kata semangat buat Iqbal yang berpesan kepadanya untuk tidak mengambil peduli terhadap kata-kata makian dan kebencian yang diterimanya sebelum ini.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di YouTube:

Tonton video muzik penuh 'Hujan' nyanyian oleh Iqbal Zulkefli di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: