seismik

Tujuh Penjawat Awam Terdiri Daripada Pegawai Polis dan TUDM Ditahan Kerana Positif “Ice”

Mereka ditahan di salah satu Pusat Hiburan di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur.

Cover image via Fhm.com

Operasi yang dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bagi mengesan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan berkenaan itu telah menahan tujuh penjawat awam

Polis telah menjalankan pemeriksaan terhadap 505 pengunjung pusat hiburan termasuk pekerjanya dan hasil saringal awal ujian mendapati 54 pengunjung berusia 18 hingga 50 tahun positif dadah.

Melalui operasi khas di pusat hiburan di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur, tujuh penjawat awam yang terdiri dari empat anggota polis, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia, jururawat dan pembantu tadbir ditahan selepas didapati positif syabu

Memetik laporan Harian Metro, operasi bermula 3 pagi dan berakhir kira-kira lima jam kemudian itu juga telah mengesan tujuh penjawat awam berusia 20 hingga 40-an positif dadah jenis methamphetamine (syabu). 

Kesemua yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Selain penjawat awam, polis juga telah menahan dua gadis bawah umur berusia 17 tahun di pusat hiburan berkenaan dan kedua-duanya positif dadah

Selain itu, polia merampas 20pil Ecstacy seberat 7.06 gram bernilai RM800.

Berikutan itu, polis akan melakukan siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jauhi dadah kerana ia membawa padah!

Lagi cerita viral dan inspiring di SEISMIK:

You may be interested in: