seismik

Tular Kedai Shawarma Bukit Bintang Kena Serbu, Pelanggan Kempunan Tak Dapat Jumpa 'Habibi'

Kedai shawarma viral itu telah diserbu oleh Jabatan Imigresen (JIM) pada 4 Disember 2023.

Cover image via @chef_arizal_pitboybbq (TikTok) & @amirul_70u (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial sebuah kedai shawarma terkenal di Bukit Bintang diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Menerusi video yang dimuat naik @chef_arizal_pitboybbq dan @amirul_70u di aplikasi Tiktok, kelihatan ramai pelanggan terpinga-pinga kerana pekerja yang berada di hadapan kedai telah diserbu gara-gara tidak mempunyai permit yang sah.

Tambahan lagi, beberapa pegawai JIM turut dilihat mengarahkan pekerja-pekerja kedai tersebut menaiki trak imigresen yang diletakkan di tepi kedai.

Difahamkan, ramai pelanggan hampa dan kempunan apabila terpaksa pulang setelah beratur panjang untuk membeli shawarma terkenal itu.

Lihat video itu di bawah:

Alamak, dah lah shawarma dia sedap. Harap mereka dapat beroperasi macam biasa lepas ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: