seismik

Tular Kuih Raya 'Sarang Semut' 2024 Di TikTok Undang Lebih 21,000 Komen. Lain Macam!

Ini sekali makan terus lupa nama diri sendiri.

Cover image via @anakbongsu1992 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sedar tak sedar, tidak lama lagi kita akan masuk tahun 2024

Rasa macam baru saja lagi tahun 2023 membuka tirai, tahu-tahu sudah sampai ke bulan Disember. Betul orang kata, masa berlalu dengan begitu pantas.

Malah, ramai juga yang sudah membuat persiapan raya. Iyalah, kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada awal bulan April tahun depan. Jadi, tidak hairanlah peniaga-peniaga kuih raya pun sudah menerima tempahan dari sekarang.

Namun, lain pula dengan sebuah rakaman viral ini apabila seorang individu berkongsi videonya membuat kuih sarang semut telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @anakbongsu1992, kelihatan individu tersebut meletakkan semut besar di atas kuih rayanya. Ia juga nampak seperti kerengga.

Ramai tidak menyangka dia betul-betul meletakkan semut di atas kuih sarang semut itu. Malah, netizen siap berseloroh dengan memetik nama kuih-kuih lain seperti badan berendam, kuih tahi itik dan sebagainya.

"Orang kata makan semut jadi pelupa. Kalau makan kerengga macam mana pula" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah mencecah sehingga 10.6M views,  324.5K likes dan 38.6K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gurauan individu tersebut.

Kejap, tu kuih tipu kan? Admin pun confuse ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: