seismik

Tular Lagu ‘Hek Eleh’ Ini Terima Pelbagai Reaksi Netizen Di TikTok Gara-Gara Liriknya

Adoi lawaklah baca komen!

Cover image via @abeweaa__ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, sudah banyak lagu-lagu yang mudah tular di platform media sosial terutamanya apabila ia mempunyai lirik yang catchy

Walau bagaimanapun, lagu-lagu yang mempunyai lirik mudah dan kurang menjentik hati para pendengar ini kadangkala tidak mendapat persetujuan daripada netizen kerana bagi mereka lagu zaman sekarang jauh berbeza dengan lagu zaman dulu yang sememangnya menangkap jiwa.

Seperti sebuah video ini yang memaparkan rakaman penyanyi di rancangan realiti televisyen menyebut bait lirik 'hek eleh' di dalam lagunya telah mengundang pelbagai reaksi ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lirik senang sangat, ramai pula nak tahu siapa penyanyi di sebalik lagu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @abeweaa__, kelihatan penyanyi tersebut sedang mendendangkan secara live sebuah lagu di belakang pentas program Gegar Vaganza.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila terdapat satu baris ayat yang membuatkan ramai tergelak iaitu "eleh hek eleh he he eleh hek eleh".

Lagu tersebut ternyata berjaya mendapat perhatian netizen dan ramai ingin mencari siapa penyanyi sebenarnya.

"Ni kalau mak aku dengar dekat radio, mau dia pecahkan radio tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 858.1K tontonan, 38.7K tanda suka serta 5.7K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pendapat masing-masing mengenai liriknya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Best juga lagunya, bolehlah ramai-ramai sing along! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: