Selepas Tiket Konsert 'Sold Out' Tahun Lalu, TULUS Kembali Dengan Sewindu Tour Sabtu Ini
Dah beli tiket ke belum?
Sebut sahaja nama Tulus, pasti ramai yang mengenali penyanyi kelahiran Indonesia ini
Lagu-lagunya yang terkenal seperti Pamit, Monokrom dan Langit Abu-Abu juga menjadi kegemaran ramai dan kerap dimainkan di corong-corong radio. Selepas konsert beliau yang diadakan tahun lepas, pasti ramai yang merindui Tulus bukan?
Buat peminat-peminat Tulus, ada berita baik untuk anda semua!
Shiraz Projects Sdn Bhd & TULUSCompany dengan bangganya akan mengadakan konsert kedua Tulus di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 8.30 malam, 3 Ogos 2019 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Selepas konsert pertamanya laku keras dan ‘SOLD OUT’ di Istana Budaya pada tahun lepas, TULUS kembali merayakan keberadaan lapan tahun dirinya dalam industri dengan muncul melalui TULUS SEWINDU TOUR - KUALA LUMPUR.
Sewindu membawa maksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia dan konsert dengan durasi dua jam ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya. Ini kerana TULUS akan mempersembahkan barisan lagu-lagu dari single terbaru-baru hinggalah kepada lagu-lagu hits melalui tiga albumnya termasuk 'Gajah', 'Pamit' 'Sewindu', 'Monokrom' dan banyak lagi.
Konsert ini diadakan sempena ulang tahun kelapan TULUS dalam industri dan juga sebagai penghargaan terhadap sokongan amat besar yang diterimanya dari ribuan peminat setia baik di Malaysia dan di sekitar rantau ini
Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati dengan iringan 21 pemuzik yang selama ini menyokong TULUS.
Tiket berharga RM 860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold) RM200 (Silver), RM160 (Bronze). Tiket untuk konsert sudah mula dijual sejak 28 Mei 2019 lalu di www.myticket.asia
Untuk maklumat lanjut sila layari Instagram shirazproject.