seismik

Tunjuk Sijil Nikah Dulu Baru Boleh Beli Tiket 'Couple Seat'. Kalau Tak...

Jangan nakal-nakal.

Cover image via freemalaysiatoday.com

Pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar, Perak dilaporkan telah melarang pasangan bukan mahram yang tidak mempunyai ikatan sah menggunakan couple seat dalam pawagam itu

Image via cinema.com.my

Notis larangan turut diletakkan di kaunter tiket bagi mengelakkan mana-mana pasangan membeli tiket couple seat berkenaan

Image via sammyboy.com

Harap Maklum. Pasangan Yang Bukan Mahram Tidak Dibenarkan Untuk Duduk Di 'Couple Seat'.

Jika ingin beli juga, pasangan perlu menunjukkan sijil nikah sebagai bukti mereka adalah pasangan suami isteri yang telah berkahwin

Tunjukkan kad nikah macam ini baru boleh beli tiket couple seat.

Image via www.skyscrapercity.com

Notis tersebut adalah arahan daripada pihak pengurusan pawagam atas nasihat daripada Majlis Daerah Perak Tengah dan telah mula berkuatkuasa sejak pawagam tersebut beroperasi sejak dua tahun lalu

Image via www.lfs.com.my

LFS merupakan satu-satunya pawagam di Daerah Perak Tengah. Bandar Seri Iskandar pesat membangun dan dipenuhi dengan golongan Generasi-Y yang menuntut di beberapa pusat pengajian tinggi sekitarnya.

Lazimnya, pawagam menjadi tumpuan pelajar-pelajar untuk berlibur untuk menghilangkan tekanan atau ‘stress’. Pawagam LFS mempunyai 12 buah couple seat serta tujuh bilik tayangan.

freemalaysiatoday.com

"Sudahlah wayang pun tunjuk cerita beromen, orang yang tengok ini pun hendak beromen di kerusi masing-masing. Mereka bukannya tengok wayang tetapi mahu beromen," ujar Mufti Perak.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Image via www.themalaymailonline.com

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah umat Islam.

Tegasnya, pemberian lesen untuk premis panggung wayang juga harus dipertimbang dan diambil perhatian semua majlis perbandaran.

"Panggung wayang itu sendiri sudah maksiat, apatah lagi duduk di kerusi bersama. Itu menggalakkan orang untuk buat maksiat di dalam panggung," katanya.

astroawani.com

"Pihak pencegahan maksiat perlu lihat bukan sahaja wayang, di mana-mana pun kalau mereka belum kahwin dan duduk berdua-duaan, tangkap sahajalah," katanya lagi.

Beliau berkata mana-mana kemudahan yang dilihat baik namun membawa maksiat tidak harus digunakan atau dipromosi kepada orang ramai.

"Harus ganti dengan kemudahan lain, cara lain. Pihak berkuasa juga wajib melihat isu itu secara serius dan jadi penggalak maksiat kepada umat Islam terutamanya. Kita beria-ria habiskan wang untuk tujuan dakwah namun pihak kita sendiri yang galakkan maksiat," luahnya kesal.

peraknews.com

Kalau pihak pawagam gagal mematuhi peraturan, tindakan tegas akan dikenakan dan kemungkinan lesen perniagaan juga akan digantung

Click to Reveal
Hide
Image from hype.my
Image via hype.my

Pasangan yang didapati bersalah melanggar peraturan pula akan diberikan khidmat kaunseling. Namun sehingga kini, tiada sebarang laporan dan tangkapan dibuat membabitkan pasangan bukan muhrim yang melanggar peraturan.

malaysiandigest.com

Bagaimana reaksi orang awam?

Apa pendapat anda?

Selain itu, negeri Perak juga bakal mengharamkan Raja Bomoh:

Dan jika di Terengganu, anda perlu berkahwin dulu baru boleh naik motor bersama:

You may be interested in: