seismik

Dia Tunjuk Video Lucah - Gadis 17 Tahun Kongsi Detik Trauma Diganggu Pegawai JPJ Gila Seks

Tak ada kerja lain ke mamat ni?

Cover image via Instagram @queen.nabila

Isu lelaki 'miang' kini semakin berleluasa. Sebab itu perkara seperti ini HARUS ditangani supaya tidak melarat dan melibatkan lebih ramai mangsa.

Image via witf.org

Memang nampak seperti perkara remeh tapi jika tidak ditangani pada peringkat awal, ramai mangsa yang akan terjerumus ke lembah hitam ini.

Paling baru, kisah gadis yang berumur 17 tahun ini telah viral di laman Twitter melalui perkongsiannya di Instagram tentang pengalaman buruk yang dihadapi. Seram!

Menurut perkongsian gadis yang dikenali sebagai Nabila berumur 17 tahun ini, beliau telah mengalami gangguan seksual dari salah seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sedang menjalani ujian memandu bersama lelaki terbabit. Lelaki itu dengan secara tiba-tiba telah menunjuk video lucah kepadanya ketika dia sedang memandu.

Terkejut dengan perbuatan pegawai itu, gadis ini bertindak untuk menghubungi bapanya sejurus ujian memandu tamat

Bukan itu sahaja, pegawai terbabit juga telah bertanyakan soalan tentang teman lelaki dan membuatkan gadis itu tidak selesa. Malah, pegawai itu juga mengambil kesempatan untuk meminta nombor telefon tetapi permintaannya ditolak.

Gadis ini juga dikatakan telah menyebarkan gambar pegawai terbabit melalui laman Instagram miliknya dengan tujuan supaya orang lain tidak terkena nasib yang sama

Kejadian ini membuatkan warga Twitter berasa berang dengan tindakan pegawai JPJ berkenaan. Masing-masing menganggap perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kepada mana-mana pihak.

Beberapa perkongsian lain yang dikongsi melalui tweet yang berbalas merupakan individu lain yang pernah melalui kejadian seperti itu.

Menurut mereka juga, kebanyakan pegawai JPJ di mana-mana sekolah memandu memang 'miang' dan sering ambil kesempatan untuk mendapatkan nombor telefon murid perempuan yang diajarnya.

Sangat tidak patut!

Untuk mengelakkan kes seperti ini berlaku, gadis-gadis di luar sana harus lebih berwaspada dan kalau boleh, sentiasa bawa ibu bapa atau adik-beradik untuk teman ketika di sekolah memandu!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baby bump pun tak boleh tunjuk? Apalah yang dah jadi dengan dunia ni :(

Baca juga perkongsian blogger ini tentang layanan yang diterima ketika di Paris. Menyedihkan!

Dr Amalina bagi tips untuk anak-anak belajar dengan lebih mudah. Boleh baca sini:

You may be interested in: