seismik

Umur Dah Cecah 89 Tahun, Hasil Tangan Atuk Tulis Jawi Atas Kek Ini Dapat Sambutan Ramai

Hebat tok!

Cover image via @aishaammaar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menulis perkataan jawi di atas kertas mungkin sudah biasa kita lihat

Tetapi, pernahkan anda melihat tulisan jawi yang ditulis di atas kek? Sudah tentu ia adalah perkara yang jarang berlaku dan boleh dikatakan 'rare' pada masa ini.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang warga emas menulis tulisan jawi di atas kek telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kreativiti tulisan jawi dapat sambutan ramai pihak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang warga emas menunjukan kemahirannya dengan menulis tulisan jawi di atas sebuah kek.

Walaupun umurnya kini sudah mencecah 89 tahun, namun itu bukanlah penghalang buatnya untuk melakukan perkara yang disukai.

Warga emas itu pada asalnya bekerja sebagai guru sebelum mengambil keputusan untuk beralih ke minatnya itu. Difahamkan tulisan jawi yang ditulis adalah dalam bentuk doa dan ucapan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@aishaammaar Reply to @e47123 atok mmg rajin n kreatif, buat parang pun pandai, dulu cikgu #foryou #malaysiatiktok #fypage Easy On Me - Adele

"Kalau aku dapat kek macam ni aku sayang weh nak potong. Mahu letak dalam kotak kaca buat perhiasan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi positif mereka selepas melihat kebolehan warga emas itu.

Ketika artikel ini di tulis, video berkenaan telah meraih 823.6K views, 93.7K likes dan 2,998 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Rare dapat tengok kek dalam tulisan jawi ni. Semoga bisnes atuk terus maju :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: