x

seismik

Undian Top 5 ABPBH 34 Kini Bermula, Inilah Masanya Untuk Undi Selebriti Kegemaran Anda!

Cepat undi sebelum tarik tutup!

Cover image via Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Proses undian peringkat pertama pencarian Bintang Paling Popular ABPBH 34 untuk semua kategori yang dipertandingkan telah bermula pada 10 September 2021 dan berakhir pada 3 Oktober 2021

Manakala undian pusingan kedua sudah diadakan bermula 10 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021. Jadi, apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda undi selebriti kegemaran anda!

Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama penaja utama, Xiaomi menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my.

Image via Berita Harian

Proses undian peringkat pertama dapat sambutan menggalakkan

Bagi pemenang untuk setiap kategori utama dan kategori online termasuk Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan undian tertinggi diperoleh calon Top 5 sepanjang proses undian peringkat terakhir ini.

Pengarang Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Shamshul Azree Samshir berkata sokongan yang diberikan oleh peminat pada proses undian peringkat pertama sangat memberangsangkan.

Image via Berita Harian

"Walaupun penganjuran ABPBH diteruskan lagi dalam suasana norma baharu, kami melihat peminat masih tetap setia menyokong ABPBH dengan mengundi artis-artis kesayangan mereka" 

"Peminat berlumba-lumba untuk pastikan idola mereka memenangi kategori yang dipertandingkan sekaligus meraih kemenangan Bintang Paling Popular ABPBH 34"

"Untuk merancakkan lagi proses undian, kami juga ingin mengumumkan senarai 10 artis yang mendapat undian tertinggi pada pusingan pertama undian calon awal ABPBH 34," katanya.

Sherry Alhadad hos tunggal untuk ABPBH 34

Image via Harian Metro

Pengacara popular dan juga pelakon, Sherry Alhadad diumumkan sebagai hos edisi ke-34 ABPBH manakala hos karpet merah akan dikendalikan oleh pelakon dan juga penyanyi Izzue Islam berganding dengan penyanyi muda wanita yang juga pengacara iaitu Sissy Imann.

Antara artis yang akan menyerikan segmen persembahan ABPBH kali ini membabitkan bintang yang layak bergelar lagenda selain bakat baru yang pantas akan mendaki tangga populariti.

Pentas ABPBH 34 akan dirancakkan oleh persembahan Kaka, Ella, Zizi Kirana, Fauziah Latiff, Aina Abdul, Man Kidal, Datuk Zainal Abidin, Hazama, Haqiem Rusli, Ramlah Ram, Jay Jay, Syamel, Anuar Zain dan penyanyi lagu parodi, Azman Naim 44 Mantra.

Turut dipertandingkan adalah enam kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular, Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular.

Bagi kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular, undian sudah pun bermula pada 4 Oktober lalu dan akan berakhir pada 7 November 2021 di laman aplikasi TikTok. Bagi peminat yang hendak menyertai #ABPBH34 kempen video TikTok, mereka boleh ikuti akaun TikTok TV3Malaysia dan XiaomiMalaysia.

Malam kemuncak ABPBH 34 yang dibawakan penaja utama, Xiaomi, akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 13 November 2021.

Bertemakan #KITABERSAMA, malam kemuncak ABPBH 34 akan dilaksanakan dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Acara ini boleh disaksikan secara langsung melalui saluran TV3 dan Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH, TikTok serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: