seismik

ABPBH 34 Perkenal Kategori Baru 'Artis TikTok Popular', Hadiah Menarik Menanti Pemenang!

Undi video pilihan anda sekarang!

Cover image via TikTok & Berita Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-34 kali ini dirancakkan lagi dengan kerjasama TikTok, yang membawa kembali kategori Anugerah FANtastik Popular ABPBH 34 dan memperkenalkan kategori baru iaitu Artis TikTok Popular ABPBH 34.

Anugerah ini Sekali lagi menerapkan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ketat dengan mengangkat tema #KITABERSAMA.

Menurut Pengarang Berita Hiburan (BH) merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Shamshul Azree Samshir, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan TikTok untuk dua tahun berturut-turut.

Shamshul Azree Samshir

Image via Berita Harian

"Setinggi penghargaan diucapkan kepada TikTok yang tampil sekali lagi untuk menjalin kerjasama dengan BH"

"Kami di BH sentiasa proaktif dalam melakukan penambahbaikan dalam penganjuran ABPBH, terutama membabitkan pencalonan dan kategori yang dipertandingkan"

"Kami juga ingin memberi penghargaan kepada kelab peminat yang sentiasa menjadi nadi kuat dalam menyokong industri seni tanah air sekaligus berperanan dalam membantu penganjuran ABPBH untuk kekal bertahan lebih daripada tiga dekad," katanya.

Image via Berita Harian

Tambahnya lagi, kerjasama dengan TikTok bersesuaian dengan penganjuran ABPBH 34 dalam norma baharu di mana ruang yang lebih luas diberikan kepada kelab-kelab peminat untuk berkarya dan menunjukkan kreativiti masing-masing di samping menyatakan sokongan yang berterusan kepada artis-artis kesayangan mereka dengan menggunakan platform TikTok.

Hadiah menarik akan menanti bakal pemenang

Image via Berita Harian

Melalui kategori Anugerah FANtastik Popular ABPBH 34, artis dan kelab peminat (FC) yang meraih undian tertinggi, bakal membawa pulang trofi berprestij ABPBH 34.

Bagi memeriahkan lagi penganjuran ABPBH 34, peminat juga boleh berkongsi video TikTok paling kreatif menggunakan lagu penaja utama ABPBH 34 iaitu Xiaomi yang bertajuk Untukku Xiaomi bersama gaya tari yang ditetapkan dengan meletakkan tanda pagar #ABPBH34.

Untuk menyertai #ABPBH34 kempen video TikTok ini, pengguna perlu ikuti akaun TikTok TV3 Malaysia dan Xiaomi Malaysia. Video paling kreatif dengan ‘likes’ dan ‘engagement’ paling tinggi berpeluang memenangi hadiah- hadiah menarik dari Xiaomi.

Pemilihan pemenang adalah tertakluk kepada cara menyertai peraduan dan pihak penganjur berhak menentukan video pemenang melalui budi bicara dan keputusan penganjur adalah muktamad.

Image via Berita Harian

Pemenang bakal membawa pulang hadiah-hadiah menarik. Tempat pertama bakal memenangi peranti Xiaomi 11T Pro (8+256 GB) dan Redmi Buds 3 Pro.

Manakala pemenang tempat kedua akan menerima hadiah peranti Xiaomi 11T (8+128 GB) dan Redmi Buds 3 Pro, dan pemenang tempat ketiga akan menerima peranti Xiaomi 11 Lite 5G NE (8+128 GB) dan MI Smart Band 6.

Pihak penganjur turut menawarkan 20 hadiah saguhati berupa barangan eksklusif daripada Berita Harian. Tarikh penyertaan dan undian bagi kedua-dua kategori tersebut boleh dilakukan mulai 4 Oktober 2021 sehingga 7 November 2021 di laman aplikasi TikTok.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: