UNIQLO: C Musim Luruh/Sejuk 2026 Tampil Dengan Koleksi Tema ‘Precision Of Softness’

Koleksi terbaharu ini memperagakan pelbagai fabrik pilihan seperti denim, bulu kambing, kasmir dan korduroi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via UNIQLO

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama peruncit pakaian global, UNIQLO, secara rasminya mengumumkan pelancaran koleksi istimewa UNIQLO : C Musim Luruh/Sejuk 2026 hasil sentuhan pereka fesyen terkemuka Britain, Clare Waight Keller

Koleksi yang dibina berasaskan tema "Precision of Softness" ini menaik taraf pakaian asas harian menerusi garisan perkadaran yang kemas, tekstur bahan premium, serta seni pemakaian berlapis (layering) bersesuaian dengan cita rasa bandar moden.

Koleksi terbaharu ini memperagakan pelbagai fabrik pilihan seperti denim, bulu kambing (wool), kasmir (cashmere) dan korduroi (corduroy) dalam potongan bertatasusila tetapi selesa.

Palette warna yang dibawakan menggabungkan rona pekat seperti bordeaux dan coklat yang diimbangi rona charcoal, serta sentuhan lembut rona lemon, merah jambu (blush pink) dan hijau.

SAYS.com
Image via UNIQLO
SAYS.com
Image via UNIQLO

Bercakap mengenai inspirasi rekaan, Clare Waight Keller berkata bahawa beliau mahu membawakan pakaian yang memberi keselesaan dan kemudahan tanpa mengabaikan karektor serta identiti pemakai.

Beliau menambah bahawa setiap perincian diberi perhatian khusus daripada kehangatan tekstur kasmir gebu baharu hingga kelembutan fabrik korduroi bagi mencipta keanggunan yang boleh dirasai dan kekal semula jadi apabila dipakai.

Koleksi UNIQLO : C Musim Luruh/Sejuk 2026 membawakan inovasi fabrik serta variasi barangan komprehensif bagi pasaran tempatan

  • Siri Kasmir Gebu & HEATTECH Baharu: Memperkenalkan rajutan kasmir gebu (fluffy cashmere) berbulu panjang yang meningkatkan kehangatan semula jadi serta kelembutan pada kulit, merangkumi rekaan shallow V-neck, crew neck cardigan dan turtleneck vest dalam rona tenang seperti pink, lemon, oatmeal, charcoal grey dan cream. Siri HEATTECH Cashmere Blend turut diberi warna baharu yang lebih ceria.
  • Seluar Korduroi Cecair & Aksesori: Seluar korduroi berasaskan fabrik rekaan baharu yang menghasilkan alunan (drape) lebih ringan dan beralun, dilengkapkan bersama tali pinggang kulit premium berserta kemasan klip logam.

‎

‎Koleksi UNIQLO : C Musim Luruh/Sejuk 2026 telah mula ditawarkan secara rasmi kepada umum bermula 25 September 2026.

Peminat fesyen tanah air boleh mendapatkan rangkaian pakaian terbaharu ini di cawangan rasmi UNIQLO yang menawarkan penawaran barangan lengkap, serta menerusi kedai dalam talian rasmi di uniqlo.com.

Pelancaran kali ini membawakan kepelbagaian pilihan yang merangkumi 19 barangan Wanita (WOMENS), 17 barangan Lelaki (MENS) dan 3 barangan Aksesori bagi melengkapkan gaya harian yang anggun dan selesa.

SAYS.com
Image via UNIQLO
SAYS.com
Image via UNIQLO

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: