seismik

UNIQLO Tampil Beri Sumbangan 15,000 Helai Pakaian Sempena Kempen 'The Heart Of LifeWear'

Penerima manfaat termasuk UNHCR, Malaysian Relief Agency, Women’s Aid Organisation, Perkeso dan Rotary Club of Kuching Central.

Cover image via UNIQLO Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama pakaian global terkenal, UNIQLO baru-baru ini telah melancarkan inisiatif 'The Heart of LifeWear' di Malaysia, dengan menyumbang 15,034 helai pakaian kepada komuniti yang kurang bernasib baik

Inisiatif global ini sejajar dengan keperluan komuniti tempatan dalam bertujuan untuk membantu pelarian, mangsa keganasan rumah tangga, keluarga B40, mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, komuniti Orang Asli, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak yang sakit tenat di Sabah dan Sarawak.

Pengarah Perundangan dan Kemampanan di UNIQLO Malaysia, Evelyn Tan menyatakan harapan bahawa sumbangan itu akan membawa keselesaan dan kemudahan kepada mereka yang memerlukan.

"Kami berbesar hati untuk menyumbang kepada inisiatif global 'The Heart of LifeWear' dan menyesuaikannya untuk memenuhi keperluan komuniti Malaysia.

"Di UNIQLO, kami percaya pada kuasa pakaian untuk memperbaiki kehidupan dan memupuk perubahan positif," katanya.

Antara penerima manfaat 'The Heart of LifeWear' termasuklah UNHCR, Malaysian Relief Agency, Women’s Aid Organisation, Perkeso dan Rotary Club of Kuching Central.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Organisasi-organisasi yang menerima manfaat daripada sumbangan ini termasuklah Agensi Pelarian PBB (UNHCR), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Malaysian Relief Agency, Women’s Aid Organisation dan Rotary Club of Kuching Central

Dalam pada itu, Ketua Komunikasi UNHCR, Yante Ismail memuji usaha UNIQLO dalam memberi sumbangan tersebut kepada pelarian di Malaysia.

"Pakaian yang diderma melalui inisiatif 'The Heart of LifeWear' Uniqlo akan memberi manfaat langsung kepada pelarian di Malaysia, menyediakan mereka dengan keselesaan dan praktikal yang sangat diperlukan dalam kehidupan harian mereka.

"Kerjasama ini merupakan contoh bagaimana perkongsian yang bermakna dapat memberikan impak yang nyata kepada komuniti yang mudah terdedah," katanya.

Sebagai rekod, inisiatif yang telah dilancarkan adalah sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-40 UNIQLO, pada masa sama bertujuan untuk menangani cabaran dalam masyarakat dengan mempromosikan idea bahawa pakaian berkualiti dapat memperbaiki kehidupan.

Di bawah program ini, UNIQLO mengedarkan pakaian Heattech untuk kawasan yang lebih sejuk dan pakaian AIRism di iklim yang lebih panas.

Dengan bekerjasama dengan organisasi tempatan yang dipercayai, inisiatif "The Heart of LifeWear" tidak hanya menyediakan pakaian tetapi juga memartabatkan maruah dan harapan bagi penerima.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Uniqlo, sila layari www.uniqlo.com/my.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: