seismik

"Untuk Telinga Gajah" - Konon Nak Order Airpods, Sekali Lain Pula Yang Sampai Rumah

Aduhai, macam mana nak pakai tu.

Cover image via @springreturn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai sekarang yang lebih memilih membeli barangan secara dalam talian bukan?

Ianya lebih mudah dan menjimatkan masa kita. Tambahan lagi, harganya pula kadangkala jauh lebih murah berbanding di kedai luar.

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang lelaki berkongsi kisahnya salah membeli barangan dalam talian telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sangka dapat earphone besar gajah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi pada awalnya dia ingin membeli earphone secara dalam talian.

Namun, setibanya barangan itu di rumahnya, dia terkejut melihatnya. Earphone itu kelihatan sangat besar dan membuatkan dia bingung bagaimana mahu menggunakannya.

"Boleh buat speaker untuk bilik tu, hahaha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat barangan yang dibeli lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 173.4K views, 6,338 likes dan 259 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Besar betul earphone dia, boleh dengar satu rumah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: