seismik

[VIDEO] Lain Daripada Yang Lain, Geng Pak Cik Ini Selamba Order Drive-Thru McD Jalan Kaki

Lain macam pak cik.

Cover image via @danidanial2302 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banyak restoran makanan segera kita boleh lihat sekarang ini mempunyai perkhidmatan drive-thru untuk memudahkan pelanggan

Daripada beratur panjang di dalam, lebih baik membelinya dari kereta saja bukan? Jadi, tidak perlulah bersusah untuk keluar membelinya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini memaparkan sekumpulan pak cik memesan drive-thru secara berjalan kaki telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Jalan kaki dekat tempat drive-thru pesan makan

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan pak cik sedang berada di salah sebuah restoran makanan popular McDonald's.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah mereka kelihatan beratur dan berdiri di tempat drive-thru untuk memesan makanan mereka. Situasi itu membuatkan ada orang memandang mereka kerana jarang berlaku.

"Hanya beriman je boleh nampak kereta dia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat situasi itu dan ramai memberikan reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 583.7K views, 66.3K likes dan 2,047 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jarang-jarang nak lihat orang walk-thru ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: