seismik

Usanita Entertainment Umum 'Duta Eksklusif & Wajah Baharu' Serta Projek Drama Pertama 2025

Drama ini akan ditayangkan secara eksklusif di platform digital TikTok Usanita, menawarkan pengalaman tontonan baharu kepada penonton.

Cover image via @usanita.hq (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Usanita Sdn. Bhd. menerusi cabang baharunya, Usanita Entertainment dengan bangganya mengumumkan pelantikan Fattah Amin sebagai Duta Eksklusif dan Sophia Albarakbah sebagai Wajah Baharu bagi tahun 2025

Usaha ini menandakan komitmen berterusan Usanita dalam memperkasa industri kreatif tempatan dan membawa bakat seni Malaysia ke peringkat global.

Sebagai langkah pertama yang signifikan, Usanita Entertainment bakal menerbitkan drama bersiri pertama. Drama ini akan diarahkan oleh sutradara tersohor, Erma Fatima, dan menampilkan Fattah serta Sophia sebagai watak utama.

Drama ini akan ditayangkan secara eksklusif di platform digital TikTok Usanita, menawarkan pengalaman tontonan baharu kepada penonton.

Fattah Amin, Datuk Adzliana (tengah) dan Sophia Albarakbah ketika sidang media Usanita Enetertainment di Bangsar, Kuala Lumpur.

Image via @usanita.hq (Instagram)

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn. Bhd., Datuk Adzliana Dato' Sri Prof Dr Hasan, berkata, pelantikan Fattah Amin dan Sophia Albarakbah serta penerbitan drama bersiri pertama ini adalah bukti kesungguhan pihaknya untuk menjadi perintis dalam menggabungkan seni kreatif dan teknologi digital.

"Usanita Entertainment bertujuan bukan sahaja untuk mempromosikan seni Malaysia tetapi juga memperkukuh hubungan industri kreatif dengan masyarakat secara global," katanya ketika ditemui di majlis sidang media Usanita Entertainment di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Usanita umum kesinambungan program Bridge to Brilliance 3.0 yang akan berlangsung di Oxford, London pada Februari 2025

Difahamkan, program ini bertujuan untuk menggalakkan perbincangan bermakna mengenai kepimpinan dan keusahawanan sosial bersama Dato' Adzliana sekali gus mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang menganjurkan sesi townhall di Oxford.

"Bridge to Brilliance 3.0 adalah platform untuk menyatukan pemimpin dan usahawan sosial dari seluruh dunia, mencetuskan idea-idea baharu yang boleh membawa perubahan positif," kongsinya.

Fattah Amin dan Sophia Albarakbah ketika sesi photoshoot bersama selepas sidang media Usanita Entertainment.

Image via @usanita.hq (Instagram)

Sementara itu, berkongsi lanjut mengenai pembabitan dalam Usanita Entertainment, Fattah Amin bersama pelakon Sophia Albarakbah turut diberi tanggungjawab sebagai wajah mempromosikan syarikat berkenaan.

Memberi fokus kepada bidang hiburan, mereka akan tampil dalam drama berjudul Aku Cinta Dia yang akan disiarkan di TikTok.

Drama arahan Erma Fatima itu adalah langkah mempromosikan produk usahawan di bawah Usanita.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: