seismik

'Ustaz' Buka Khidmat Kirim Doa Sambil Infak Di Tanah Suci Jadi Pertikaian Ramai

Dia bagaimanapun, memberitahu bahawa sudah tiada caj dikenakan.

Cover image via @ustazmekah (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi seluruh umat Islam, dapat menjejakkan kaki di tanah suci adalah perkara yang peling bermakna dalam hidup mereka

Apatah lagi apabil sudah lama mengumpul wang untuk menunaikan Umrah atau Haji. Sememangnya rasa bersyukur, kerana bukan semua orang dijemput untuk ke rumah Allah ini.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok apabila seorang ustaz didakwa mengenakan caj terhadap servis yang dilakukannya semasa di tanah suci.

Kenakan bayaran untuk servis baca doa depan Kaabah

Menerusi laman TikTok Ustaz Mekah, kelihatan dia menyediakan perkhidmatan kiriman doa yang dibacakan di hadapan Kaabah.

Malah, dia turut berkongsi bagaimana cara untuk orang ramai mengirimkan doa kepadanya dengan meletakkan QR Code.

Namun, dia mendakwa bahawa sebenarnya tiada caj yang dikenakan untuk mereka yang mengirimkan doa.

Tujuan dia meletakkan QR Code tersebut adalah untuk mereka yang ingin berinfak atau memberikan sumbangan ikhlas.

Tetapi, sehingga kini ada yang mendakwa mereka tetap perlu menyumbang untuk mengirimkan doa agar mesej itu sampai kepadanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: