[VIDEO] 4 Sekawan Kongsi ‘Luahan’ & Momen Hari Raya Yang Akan Dirindui Tahun Ini. Sobs...
Kalau anda jenis 'hati tisu', jangan tengok Zaidi menangis. Nanti sebak pula. :(
Tidak dapat dinafikan, tahun ini sambutan Hari Raya Aidilfitri akan terasa agak berbeza. Paling sedih, ada juga segelintir daripada kita yang tidak dapat beraya bersama keluarga.
Tapi tidak mengapa, ini adalah yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia pada masa kini.
Ini kerana kita ramai-ramai dapat berganding bahu bagi memutuskan wabak merbahaya Covid-19 ini daripada terus merebak. #KitaJagaKita OK?!
Buat anda yang berjauhan bersama yang tersayang pula, janganlah bersedih.
Teknologi kini kan dah semakin canggih, boleh concall aje!
Ha, macam empat sekawan ini iaitu Zaidi, Nasha, Brenda dan Suresh yang sudah sekian lama tidak bersua muka di pejabat terpaksa buat 'meeting' bersama dengan cara video call je.
Tapi disebabkan sambutan Hari Raya tahun ini mereka tidak dapat beraya di rumah sesama sendiri, mereka menggayakan baju raya pula ketika sesi video call bersama. Nak ambil mood rayalah katakan.
Yang penting, sambungan internet di rumah kuat dan tak putus-putus, baru 'feel' nak bersembang!
Bercakap tentang Hari Raya, anda tahu tak TIME ingin mengajak anda semua untuk berkongsi momen raya masing-masing di media sosial :)
Paling menarik, anda juga akan berpeluang untuk muncul dalam video #SatuSamaRayaTIME. Kempen ini adalah untuk menyeru anda semua bagi menyebarkan Words of Kindness bersempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Caranya mudah sahaja, ikuti langkah di bawah:
- Langkah 1: Gayakan baju raya dan muat naik video menunjukkan bagaimana anda menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang di laman Instagram berserta hashtag #SATUSAMARAYATIME
- Langkah 2: Mesej yang disampaikan perlulah kreatif dan yang penting positif
- Langkah 3. Tag tiga (3) orang rakan dan famili anda
Simple sahaja bukan? Jadi apa tunggu lagi, boleh fikir video kreatif yang bakal dimuat naik nanti!
TIME mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua! :)
Stronger Connections, Stronger Together!