[VIDEO] Ada 'Benda' Main Bersama Anak, Bapa Kongsi Hijab Anak Terbuka Ini Raih Perhatian
Seramnya.
Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau gerak-geri anak-anak
Hal ini kerana bimbang jikalau ada perkara yang boleh memberikan kesan buruk kepada mereka. Misalnya seperti perkara berkaitan makhluk halus.
Benda ini nampak seperti tidak logik. Tetapi perihal makhluk halus yang suka bermain dengan anak-anak sememangnya wujud dan boleh memberikan kesan buruk kepada mereka.
Tular sebuah video di laman sosial, apabila seorang lelaki berkongsi kisah mengenai makhluk halus yang berkawan dengan anaknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak tunjuk 'kawan' ada di depannya sambil bermain
Menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan dia berkongsi kisah ketika anaknya sedang bermain dengan makhluk halus.
Difahamkan, anaknya kerap bercakap seorang diri walhal tiada siapa pun berada di depannya. Dia juga bertanya kepada anaknya di mana 'kawan' itu berada. Anaknya siap tunjuk tetapi tiada siapa dengannya.
Menerusi penceritaan dari anaknya, makhluk itu akan terus berlari ke arah 'emaknya' sebaik saja ayat Kursi dipasang.
Lihat video lain itu di bawah:
"Macam anak sedara saya cakap sorang-sorang. Tapi ada ketika tu saya sendiri nampak benda tu main sama-sama dengan diaorang" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.5M views, 62.4K likes dan 1,524 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman yang sama. Malah, ada rata-ratanya turut melihat bayang hitam ketika anaknya tunjuk entiti itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!