seismik

[VIDEO] Alahai Anak... 'Panjang Akal' Betul! Kenapa Buat Papa Macam Tu?

Sabar je lah ...

Cover image via Mohd Safuddin Mohd Shawal/ Facebook

Di kala usia yang masih terlalu kecil, kanak-kanak sememangnya mempunyai pelbagai kerenah dan gelagat sehingga kadang-kala boleh membuatkan ibu bapa pening kepala

Image via Nakita id

Namun, ia sebenarnya adalah perkara normal bagi ibu bapa untuk berhadapan dengan ragam anak kecil mereka kerana hakikatnya itu adalah satu proses untuk anak-anak membesar.

Bahkan, setiap perbuatan serta kelakuan si kecil ini mampu menjadi penyeri keluarga dan secara tidak langsung meninggalkan kenangan kepada mereka suatu hari nanti.

Seperti perkongsian seorang bapa bernama Mohd Safuddin Mohd Shawal di laman Facebooknya, dia terpaksa berdepan dengan detik 'cemas' selepas anak lelakinya yang baru mahu mencecah usia dua tahun membuat sesuatu perkara di luar jangkaan

Mana tidaknya, ketika dia sedang melakukan kerja wiring di dalam rumahnya baru-baru ini, tanpa disedari anaknya telah menolak tangga ke belakang sehingga membuatkan dia tidak boleh turun semula. Alahai, lucu betul!

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian bapa ini telah mendapat lebih daripada 600 shares di Facebook.




Posted by Mohd Safuddin Mohd Shawal on Monday, February 10, 2020

Ceritanya macam ni, orang rumah saya bersalin anak kedua dan masih di wad. Saya pula kena siapkan wiring rumah sebab tak lama lagi nak berpindah. Anak bujang seorang tu umur nak masuk 2 tahun terpaksa saya jaga. Masa tengah wiring tu anak elok saja tidur.

Saya pula teruskan kerja dan tak terfikir yang dia boleh tolak tangga tu ke belakang sebab dia nak panjat main air di singki. Handphone kebetulan dekat tangan sebab kebiasaannya anak tengok kartun tapi dia tidur, saya pula nak buat lampu suluh.

Posted by Mohd Safuddin Mohd Shawal on Monday, February 10, 2020

Sudahnya bila nk turun tu tengok tangga dah hilang. Nak terjun tak boleh sebab lubang siling kecil. Nak bergayut terjun tu mustahil.

Bila tengok anak hulur susu dah terfikir yang anak nak susu dan suruh buka penutupnya. Jalan penyelesaian saya lalu bumbung dan lompat di parking kereta.

Bersabarlah dengan kerenah anak. Pernah lepak luar rumah anak kunci pintu. Suruh ambil, anak gelak-gelak. Last pakai batang penyapu jatuh kan kunci dari dinding, baru anak faham ambil kunci.


Perkongsian bapa ini telah membuatkan rata-rata warganet berasa lucu dan terhibur dengan kerenah anak kecil itu

Kadang-kadang, ragam si kecil inilah yang selalu membuatkan ibu bapa senang hati dan gembira

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih banyak di SAYS:

You may be interested in: