[VIDEO] "Dulunya Garang" - Seronok Main Dengan Cucu, Gelagat Si Atuk Curi Tumpuan Ramai
Bila dah ada cucu perangai terus berubah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi para atuk dan nenek, sudah pastinya kehadiran cucu di rumah akan membuatkan keadaan bertambah riuh dan meriah
Tambahan lagi jika suasana pulang beraya, memang kecoh dibuatnya. Ada saja gelagat mereka. Bagi atuk dan nenek, cucu adalah ibarat penyeri dalam hidup mereka.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi perubahan ayahnya selepas menerima cucu telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dulu susah nak senyum dan gelak, tapi lain pula yang jadi lepas ada cucu
Menerusi video tersebut, seorang lelaki berkongsi gelagat ayahnya yang dulunya dikenali sebagai seorang yang garang dan tegas.
Namun, semua itu berubah sebaik saja dia menerima cucu hasil daripada perkahwinan anaknya itu. Apa yang lebih menarik perhatian adalah kelihatan si atuk sedang sibuk bermain 'askar-askar' dengan cucunya itu di dalam rumah.
Malah, dia siap membawa pistol mainan di tangannya dan berlakon seolah-olah mereka sedang berperang untuk berlawan dengan musuh.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"In fact, parents lebih sayang cucu dari anak sendiri" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat mereka itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 644.9K views, 85.8K likes dan 3,360 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: