seismik

[VIDEO] "Ini Baru Kahwin Online" - Bila Gamers Buat Kenduri Dalam GTA5, Siap Berpantun!

Memang sebijik majlis kahwin orang Melayu!

Cover image via YouTube GTA 5 MALAYSIA & Twitter @Mrskvsk

Umum sudah tahu, majlis perkahwinan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak dibenarkan berikutan situasi semasa penularan wabak Covid-19

Walau bagaimanapun, untuk kebanyakan negeri, jabatan agama negeri membenarkan upacara akad nikah dilakukan melalui sidang video atas talian (online) dan hanya melibatkan mereka yang berkewajipan sahaja.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via OhBulan!

Bukan itu sahaja, konsep norma baharu atau 'new normal' yang disarankan pihak berkuasa yang mana menggesa orang ramai untuk tidak berkumpul di satu tempat juga memperlihatkan majlis perkahwinan secara besar-besaran tidak boleh dibuat untuk sementara waktu ini sehinggalah wabak Covid-19 berjaya dihapuskan.

Tapi baru-baru ini viral di laman sosial satu video sebuah kenduri perkahwinan yang dilakukan secara besar-besaran.

Jangan panik kerana majlis itu hanya dibuat dalam permainan Grand Theft Auto V (GTA 5).

Video majlis perkahwinan yang dimuat naik di laman Twitter oleh pengguna @Mrskvsk itu sebenarnya dibuat dalam alam maya oleh sekumpulan gamers menerusi permainan video jenis RPG (simulasi kehidupan nyata).

Ternyata rata-rata warganet tertarik dengan majlis perkahwinan 'online' tersebut. Manakan tidak, majlis itu bukan sekadar kenduri kahwin biasa tetapi sememangnya persis majlis perkahwinan bertandang bagi kaum Melayu.

Majlis yang lengkap dengan rombongan pihak pengantin yang mana masing-masing mengenakan sepersalinan pakaian tradisional turut disertakan dengan pelamin bersanding yang cukup indah. Bukan itu sahaja, terdapat juga sesi berbalas pantun yang dikawal sekumpulan gamers itu bagi menghidupkan lagi suasana kenduri kahwin.

Paling seronok tarian zapin 'moden' dan acara bersilat di hadapan pengantin turut dipersembahkan. Selain itu, turut menarik perhatian adalah cara pengurusan makanan dari pihak katerer sepanjang majlis itu berlangsung.

Memandangkan rakyat Malaysia sudah lama tidak dibenarkan melangsungkan kenduri kahwin, maka tidak terkejutlah ramai yang excited menyaksikan majlis di alam maya ini

Hasil tinjauan di laman Twitter mendapati rata-rata warganet terhibur dan telah memberikan komen mencuit hati pada video berkenaan.

Jika ingin melihat video penuh majlis perkahwinan itu boleh menontonnya di bawah:

Menerusi saluran akaun YouTube GTA 5 MALAYSIA ini juga terdapat video-video 'simulasi kehidupan nyata' yang lain seperti perlumbaan mat rempit, menangkap orang ponteng puasa, dan rombongan pulang ke kampung menggunakan bas, semuanya dilakukan dalam dunia GTA.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: