seismik

[VIDEO] Geng Ini Cakap Tengah 'Racing', Tapi Gaya Mereka Berbasikal Pula Raih Perhatian

Tak sakit ke adik oi.

Cover image via @AkeemSharyzal (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang, kita boleh lihat banyak aktiviti budak-budak yang semakin membimbangkan ibu bapa

Contohnya seperti lumba basikal di antara rakan-rakan mereka. Hal ini boleh mendatangkan bahaya kerana boleh terjadinya insiden yang tidak diingini.

Tambahan pula, jika membawa basikal di tepi jalan yang begitu banyak kereta. Memang berisiko tinggi.

Baru-baru ini, tular video di Twitter aksi sekumpulan budak lelaki sedang 'racing' basikal di tepi jalan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Gaya 'racing' basikal buat ramai tertanya

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan budak lelaki sedang berbasikal di tepi jalan. Namun, si perakam kemudian bertanyakan apakah yang mereka sedang lakukan dan salah seorangnya memberitahu sedang 'racing'.

Malah, gaya mereka semua dilihat begitu 'pelik' dan amat berbahaya kerana berbaring ke depan tanpa menjejak kaki di pedal basikal.

"Imagine depan ada batu kat depan jatuh muka pergi dulu, syahdu mat" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan mempersoalkan gaya mereka itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 272.1K views, 4,065 retweets dan 5,304 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Aduhai dik, tak berfaedah lumba ni dik. Bahayakan keselamatan je :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik