seismik

[VIDEO] "Hasil Tangan Anak Malaysia" - Kereta Myvi Daripada LEGO Ini Jadi Perhatian Ramai

Wow, hebat!

Cover image via @znspantas (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di sini yang sukakan permainan LEGO bukan? Ia hadir dengan pelbagai variasi dan bentuk

Jika anda kreatif, anda boleh pilih mahu mencipta apa saja bersama LEGO. Namun, mereka selalu hadir dengan pelbagai variasi rekaan mana yang anda mahu cipta.

Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi sebuah kereta Myvi hasil buatan menggunakan LEGO telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dibuka untuk pameran bagi tontonan umum

Menerusi video tersebut, lelaki itu memberitahu dia hanyalah transpoter yang menghantar barangan tersebut. Namun, dia sangat kagum melihat hasilnya itu.

Menurutnya lagi, ianya adalah hasil buatan anak Malaysia sendiri yang dihasilkan oleh Bryks Art. Mereka akan membuka pameran kereta tersebut di pusat beli-belah Publika.

Lihat posting itu di bawah:

"Pergh, padu ni bang. Mesti ramai pekerjanya ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan rasa kagum mereka melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 132.2K likes dan 1,020 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah, hebat betul hasil tangan anak Malaysia! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022