[VIDEO] Hutan Terbakar Secara Tiba-Tiba Di Perlis, Wanita Jelaskan Bagaimana Ia Berlaku
Panas sangat tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Negara kita bakal mengalami cuaca panas yang lazimnya berlaku setiap tahun pada setiap Februari hingga Mei
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah celcius dan setakat ini suhu tertinggi dicatatkan adalah 36.9 darjah celsius di Chuping, Perlis.
Begitulah yang dapat dilihat melalui sebuah video yang tular di TikTok memaparkan seorang wanita sedang menunjukkan keadaan cuaca panas di kawasan itu.
Menerusi video tersebut, kelihatan kebakaran hutan sedang berlaku di sebelah jalan raya tetapi ia bukanlah disebabkan oleh pembakaran terbuka,
Menurut wanita terbabit, kebakaran tersebut adalah perkara yang semula jadi terjadi disebabkan kawasan tersebut merupakan kawasan titik terpanas di Malaysia.
"Mai la duduk Perlis, hangat ooo. Orang Perlis kebal dah, hangat lit-lit" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 390.2K views, 17.1K likes dan 485 shares.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!