seismik

[VIDEO] Keluarga Ini Baru Nak Rakam Pakai Drone, Sekali Tak Pasal-Pasal Kena Sambar Helang

Aduh, sayangnya!

Cover image via @besihitam (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi kebiasaan jika kita pergi bercuti tentunya perkara paling utama dibawa adalah kamera untuk merakam momen indah

Namun dengan adanya kecanggihan teknologi zaman kini, menggunakan telefon pintar saja sudah cukup sama kualitinya dengan kamera. Tetapi, masih ada saja yang lebih suka menggunakan gajet khas mereka sendiri untuk merakam.

Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila sebuah keluarga yang menggunakan drone untuk merakam video dan disambar helang telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@besihitam drone disambar helang..baru beli nak test dah kena sambar helang #fyp #drone #besihitam #foryoupage #langkawi Oh No - Kreepa

Baru nak feeling-feeling buat video, tak sampai seminit burung helang sambar

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di tepi pantai yang tidak dikenali untuk merakam video.

Kelihatan mereka merakam menggunakan gajet yang sedang popular iaitu drone yang membolehkan ia merakam pemandangan dari jauh kerana terbang tinggi.

Namun tidak sampai seminit keluarga itu merakam, tiba-tiba muncul seekor burung helang dengan pantasnya menyambar drone tersebut. Situasi itu membuatkan keluarga berkenaan panik dan terkejut melihatnya.

"Lambaian terakhir akak tu ya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenai kejadian tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 435.6K views, 27.3K likes dan 1,655 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak pasal-pasal drone tu tinggal kenangan, ini semua helang punya pasal :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: