seismik

[VIDEO] Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Kedai Kopi

Beliau merupakan ketua bagi bahagian Libaran

Cover image via postimg.cc

Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah di Libaran terbunuh dalam satu kemalangan ketika beliau sedang minum di sebuah kedai kopi

Kejadian yang berlaku di Restoran Moghul, Sandakan pada pagi tadi (8 Mei 2018) telah mengorbankan nyawa Aris Malayu yang berusia 56 tahun di tempat kejadian.

Sebuah kereta jenis SUV merempuh mangsa yang sedang duduk berhadapan dengan kereta terbabit.

Image via Whatsapp

Sumber mengatakan pemandu SUV itu hilang kawalan keretanya, dan secara tidak sengaja menekan pedal minyak

Menurut BorneoToday, pemandu yang berumur 61 tahun itu merempuh ke dalam restoran dan menyebabkan badan Aris tersepit di antara kereta dan tiang.

Dipercayai pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol pada masa kemalangan, tetapi sampel darah diambil untuk siasatan lanjut.

Image via Borneo Today

Presiden Warisan, Datuk Mohd Shafie Apdal mengeluarkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa

Beliau juga menasihatkan penyokong menentang spekulasi tentang kemalangan itu. "Biarkan polis melakukan tugas mereka dan menyiasat kes itu," katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dijangka memberi sidang akhbar mengenai kes itu dalam masa terdekat.


Ini merupakan video kejadian terbabit:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita menarik dari SEISMIK! :

You may be interested in: