8 Kedai Kopi Wajib-Singgah Untuk Anda Yang Ingin Rasai 'Coffee Culture' Di Jogjakarta
Kafe yang dipaparkan dalam filem 'Ada Apa Dengan Cinta 2' pun ada!
Dengan keindahan alam semulajadinya beserta pelbagai tapak bersejarah yang boleh dilawati, tidak hairanlah mengapa Jogjakarta menjadi antara destinasi travel pilihan ramai sejak akhir-akhir ini
Kos perbelanjaannya yang murah juga menjadi antara sebab utama para pelancong semakin minat untuk meneroka bandar Jogjakarta!
Coffee culture yang semakin berkembang di sini juga menjadi antara tarikan utama untuk para pengunjung. Berikut merupakan antara kafe yang boleh dicuba para penggemar kopi:
1. Little Owl Jogjakarta
Kafe berkonsep santai ini menyajikan pelbagai pilihan kopi menarik, termasuklah Charcoal Latte yang cukup popular di sini. Untuk yang sukakan desserts pula bolehlah mencuba pilihan menarik seperti Mini Donuts dan Kek Chocolate Truffles. Minat muzik? Saksikan persembahan akustik di sini setiap malam Jumaat!
Alamat: Jl. Margo Utomo No.93, Gowongan, Jetis, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta 55233, Indonesia
Waktu Operasi:
10 pagi - 12 tengah malam (Ahad - Jumaat)
10 pagi - 1 pagi (Sabtu)
No. Telefon: +62 822 2070 0263
Info lanjut di: Facebook
2. Move On
Kafe dengan tema industrial ini menjanjikan suasana Insta-friendly kepada para penggemar fotografi. Selain kopi, kafe ini menyajikan pelbagai pilihan gelato menarik!
Alamat: Jl. Prawirotaman No.4-10, Brontokusuman, Mergangsan, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogjakarta 55153 Indonesia
Waktu Operasi:
10 pagi - 12 tengah malam (Isnin - Jumaat)
10 pagi - 2 pagi (Sabtu)
No. Telefon: +62 274 2872815
Info lanjut di: Facebook
3. Treat Cafe
Kafe minimalis ini menawarkan pelbagai pilihan pencuci mulut yang menarik! Untuk sesuatu yang cukup unik, jangan lupa untuk cuba Es Teler Oreo di sini.
Alamat: Jl. Gajahmada No.60, Purwokinanti, Pakualaman, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta 55166, Indonesia
Waktu Operasi: 11 pagi - 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: +62 274 552739
Info lanjut di: Facebook
4. Mak Semarangan
Kafe comel ini pula menjadi pilihan popular di kalangan para foodies yang gemarkan Portuguese Egg Tart di sini. Untuk yang minat muzik pula, kafe ini menyediakan live band dan karaoke setiap Sabtu!
Alamat: Jalan Monjali No. 90A, Sinduadi, Mlati, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta 55284, Indonesia
Waktu Operasi: 11 pagi - 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: +62 274 625395
Info lanjut di: Facebook | Instagram
5. Blanco Coffee & Books
Yang minat membaca pasti selesa menghabiskan masa bersama buku kegemaran dan secawan kopi di sini. Kafe cantik dan moden ini menawarkan pilihan minuman yang cukup menarik termasuklah Iced Cendol Latte.
Alamat: Jl. Kranggan No.30, Cokrodiningratan, Jetis, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta 55233 Indonesia
Waktu Operasi: 7 pagi - 1 pagi (setiap hari)
No. Telefon: +62 274 2923354
Info lanjut di: Facebook | Instagram
6. Lagani Coffee & Co
Bertemakan konsep vintaj, kafe ini menjanjikan #OOTD yang perfect berlatarbelakangkan rekaan dalaman old school di sini.
Alamat: Jalan Cenderawasih Komplek Colombo 45, Caturtunggal, Kecamatan Depok, Caturtunggal, Kec. Depok, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta 55281, Indonesia
Waktu Operasi:
9 pagi - 11 malam (Isnin - Khamis)
9 pagi - 12 tengah malam (Jumaat - Ahad)
Info lanjut di: Facebook | Instagram
7. Water Castle Cafe
Kafe berinspirasikan rumah tradisional ini menyediakan suasana yang lain dari yang lain. Selain kopi, anda boleh menikmati pilihan jus buah-buahan menyegarkan di sini!
Alamat: Jalan Polowijan, Patehan, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta 55133 Indonesia
Waktu Operasi: 9 pagi - 5 petang (setiap hari)
No. Telefon: +62 817 5420500
Info lanjut di: Facebook
8. Klinik Kopi
Peminat 'Ada Apa Dengan Cinta 2' pasti tidak ingin terlepas berkunjung ke kedai kopi yang menjadi antara lokasi penggambaran filem ini. Para pengunjung digalakkan bertanya kepada barista di sini tentang jenis kopi yang sesuai dengan citarasa masing-masing - sama seperti yang dipaparkan di dalam adegan filem tersebut! ;)
Alamat: Jl. Kaliurang KM. 7.5, Gang Bima, Sinduharjo, Ngaglik, Sinduharjo, Ngaglik, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta 55581, Indonesia
Waktu Operasi:
4 petang - 8 malam (Isnin - Sabtu)
Tutup setiap hari Ahad
No . Telefon: +62 813 92784240
Info lanjut di: Facebook | Instagram
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!