9 Kafe Moden ‘Awesome’ Di Bangi Yang Anda Boleh Cuba Hujung Minggu Ini
Perfect untuk sesi mengopi!
Cover image via Instagram @nadiahahmd1. Tuah Cafe
Image via Tuah Cafe
Image via Tuah Cafe
Image via Tuah Cafe
Image via Tuah Cafe
Kafe berkonsep santai ini dikenali dengan perisa-perisa *frappuccino* yang sedap dan menyegarkan, termasuklah Chocolate Green Tea, Cotton Candy, dan Cookies & Cream. Butter Chicken Rice pula antara menu digemari ramai di sini, selain hidangan Western seperti Chicken Chop.
**Alamat:** No. 20, Jalan7/1C, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
**Status:** Halal
**Waktu Operasi:**
5 petang – 2 pagi (Jumaat – Rabu)
Tutup setiap Khamis
**No. Telefon:** +6017 336 4893
Dapatkan maklumat lanjut di: **[Facebook](https://www.facebook.com/tuahcafe/)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/tuahcafe/)**.
2. The Caravan Cafe
Image via The Caravan Cafe
Image via The Caravan Cafe
Image via The Caravan Cafe
Image via The Caravan Cafe
Kafe comel bermotif floral ini pasti digemari sesiapa yang mengidam sepotong kek bersama secawan *latte*. Pilih daripada pelbagai perisa, termasuklah Caramel Latte Cake, Mango Cheesecake, dan Belgian Chocolate Fudge. Hidangan yang lebih berat seperti pasta pun ada disediakan.
**Alamat:** 15-G-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
**Status:** Halal
**Waktu Operasi:**
11 pagi – 11 malam (Isnin – Khamis)
12 tengah hari – 10.30 malam (Selasa – Khamis, Ahad)
12 tengah hari – 11 malam (Jumaat & Sabtu)
Tutup setiap Isnin
**No. Telefon:** +603 8211 3909
Dapatkan maklumat lanjut di: **[Facebook](https://www.facebook.com/TheCaravanCafe/)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/thecaravancafe/)**.
3. Denali & Pinnacles
Gambar #OOTD pastinya lebih menarik apabila diambil di kafe berkonsep *bohemian* ini. Nikmati hidangan-hidangan unik seperti Grilled Chicken with Jalapeño Mayo Sauce dan Sriracha Linguine. Anda boleh juga nikmati kopi anda sambil menghirup udara segar di bahagian *rooftop* kafe ini.
**Alamat:** Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, Off Jalan 3/70, Bandar Baru Bangi
**Status:** Halal
**Waktu Operasi:** 5 petang – 2 pagi (Rabu – Isnin)
Tutup setiap Selasa
**No. Telefon:** +603-89125936
Dapatkan maklumat lanjut di **[Instagram](https://www.instagram.com/denali.and.pinnacles/)**.
Image via Instagram @nadiahahmd
Image via Instagram @nadiahahmd
Image via Instagram @bungahananordin
Image via Instagram @liana_haron97
Image via Denali & Pinnacles
4. Little White Cafe
Image via Little White Cafe
Image via Little White Cafe
Image via Little White Cafe
Image via Little White Cafe
Mengidam *desserts*? Pilih daripada pelbagai jenis manisan yang disediakan di Little White Cafe, daripada *macarons* kepada *pancakes*. Yang istimewanya di sini, kesemua hidangan dimasak *from scratch* menggunakan bahan-bahan berkualiti.
**Alamat:** 13-G-1, Jalan Medan PB 4A, Seksyen 9. Bandar Baru Bangi
**Status:** Halal
**Waktu Operasi:**
11 pagi- 10 malam (Selasa – Khamis; Sabtu & Ahad)
3 petang – 10 malam (Jumaat)
Tutup setiap Isnin
**No. Telefon:** +603 8211 5369 | +6019 675 8358 (WhatsApp)
Dapatkan maklumat lanjut di: **[Facebook](https://www.facebook.com/littlewhitecafebangi/)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/littlewhitecafebangi/)**.
Image via Little White Cafe
5. Jigar Cafe
Image via Jigar Cafe
Image via Jigar Cafe
Image via Jigar Cafe
Image via Jigar Cafe
Bagi yang lebih sukakan masakan tempatan, menu di Jigar Cafe ini pasti menggamit selera. Antara hidangan menarik di sini termasuklah Sup Tulang Merah dan Mee Goreng. Kopi dan *desserts* turut disediakan.
**Alamat:** 1-15-1 Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral
**Status:** Halal
**Waktu Operasi:**
11 pagi – 11 malam (Isnin – Khamis)
11 pagi – 11.30 malam (Sabtu)
12 tengah hari – 11 malam (Ahad)
Tutup setiap Jumaat
**No. Telefon:** +603 8922 08669
Dapatkan maklumat lanjut di: **[Facebook](https://www.facebook.com/jigarcafe/)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/jigarcafe/)**.
6. Red Card Cafe
Image via Red Card Cafe
Image via Red Card Cafe
Image via Instagram @i.am.igun
Image via Instagram @jujuaziz
Yang mempunyai citarasa Western pula boleh menjamu selera di Red Card Cafe! Daripada Chicken Chop kepada Grilled Salmon kepada Soft Shell Crab Pasta, semuanya disajikan di kafe ini.
**Alamat:** 17 Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
**Status:** Halal
**Waktu Operasi:**
12 tengah hari – 10.30 malam (Selasa – Khamis; Sabtu & Ahad)
4.30 petang – 11 malam (Jumaat)
Tutup setiap Isnin
**No. Telefon:** +603 8912 6849
Dapatkan maklumat lanjut di: **[Facebook](https://www.facebook.com/redcardcafe/)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/redcardcafe/)**.
7. QNA Republic Cafe
Image via QNA Republic Cafe
QNA Republic Cafe pula menyediakan kedua-dua hidangan tempatan dan Western untuk menepati pelbagai jenis *cravings* pengunjung kafe ini. Antara hidangan menarik di sini termasuklah Nachos, Garlic Butter Chicken Wings, dan Eggs Benedict. Masakan tempatan seperti Asam Pedas dan Masak Lemak turut disediakan.
**Alamat:** 23, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
**Status:** Halal
**Waktu Operasi:** 9 pagi – 8 malam (setiap hari)
**No. Telefon:** +603 8922 0232
Dapatkan maklumat lanjut di: **[Facebook](https://www.facebook.com/QNARepublic/)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/qnarepublic/)**.
Image via QNA Republic Cafe
Image via Instagram @cik_shine
Image via Instagram @farfafafa_
8. Paramount Coffee House
Image via Paramount Coffee House
Image via Instagram @balqissuhaimi
Image via Instagram @cheetaszk
Image via Instagram @meiawh
Teringin makan *waffles*? Kafe ini menyajikan pelbagai pilihan perisa menarik. Perisa durian kadangkala disediakan juga dan memang wajib dicuba! Selain *waffles*, anda juga boleh mencuba *churros* di sini sambil menikmati secawan *latte*.
**Alamat:** 7-47-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi
**Status:** Halal
**Waktu Operasi:** 8 pagi – 10.30 malam (setiap hari)
**No. Telefon:** +603 8912 7000
Dapatkan maklumat lanjut di: **[Facebook](https://www.facebook.com/paramountcoffeehouse/)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/paramountcoffeehouse/)**.
9. BungaLawang Cafe
Image via BungaLawang Cafe
Image via BungaLawang Cafe
Image via BungaLawang Cafe
Image via BungaLawang Cafe
Pelbagai jenis kuih-muih Melayu disediakan di kafe yang moden dan selesa ini, dan semuanya enak dinikmati bersama secawan kopi kampung. Hidangan yang lebih mengenyangkan seperti Soto Ayam dan Nasi Lemak turut disediakan di BungaLawang Cafe.
**Alamat:** 50-G, Jalan 7/7B, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
**Status:** Halal
**Waktu Operasi:**
11 pagi – 11 malam (Isnin – Khamis)
11 pagi – 11 malam (Selasa – Jumaat)
9 pagi – 11 malam (Sabtu & Ahad)
Tutup setiap Isnin
**No. Telefon:** +603 8922 9921
Dapatkan maklumat lanjut di: **[Facebook](https://www.facebook.com/BungaLawangCafe/)** | **[Instagram](https://www.instagram.com/bungalawangcafe/)**.
Image via Instagram @dhazlyakaramlal
