seismik

[VIDEO] Kisah Seram Yang Dialami Oleh Keluarga Ini Di Sebuah Hotel Di Melaka. Meremang!

Kalau lemah semangat jangan dengar video itu.

Cover image via Twitter @nashrulmao

Bila bercakap tentang makhluk halus, ramai yang mempunyai tanggapan tersendiri. Ada yang percaya, ada juga yang tidak percaya.

Makhluk halus adalah makhluk yang dicipta oleh Allah SWT tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata mahupun dirasa dengan tangan manusia.

Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah berkuasa mencipta makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia.

Semua ini merupakan tanda keagungan Allah.

Gambar sekadar hiasan

Image via Jam Tangan Merah

Ramai yang merujuk perkataan makhluk halus kepada beberapa jenis terma iaitu syaitan, iblis, jin dan lain-lain. Malah, dalam Al-Quran juga telah menjelaskan bahawa adanya musuh manusia yang sentiasa akan menanti dan menunggu peluang untuk menyesatkan manusia.

Siapakah?

Ya, iblis, syaitan serta kuncunya.

Gambar sekadar hiasan

Image via rezanatadipura.blogspot.com

Peranan syaitan adalah untuk menyesatkan manusia sejauh yang boleh. Sebab itulah anda harus lebih berwaspada dan memahami bahawa makhluk ini merupakan musuh utama manusia.

Sebab apa?

Sebab mereka sudah bersumpah di hadapan Allah bahawa mereka akan membawa ke semuanya ke neraka bersamanya.

Bercakap tentang makhluk halus, baru-baru ini seorang pengguna Twitter iaitu @nashrulmao telah berkongsi pengalamannya bersama keluarga 'diganggu' di sebuah hotel di Melaka

Turut disertakan klip video yang dirakamkan ketika 'benda' itu menggangu mereka sekeluarga bermula jam 10:30 pm sehingga 2 am. Sehinggakan mereka terpaksa tidur satu bilik beramai-ramai kerana terganggu dengan kejadian itu.

Perkongsian tersebut telah menerima lebih 5.7 ribu retweets. Malah, segelintir pengguna Twitter turut memberi penjelasan sebenar mengenai situasi yang dialami mereka.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bilik memang cantik dan premium. Tapi macam-macam bunyi yang kurang menyenangkan didengari oleh keluarga ini.

Bila dah serabut dengan bunyi-bunyi itu, mereka membuat keputusan untuk bertanya sendiri di kaunter hotel bagi mengesahkan jika ada penghuni lain di tingkat atas bilik mereka

Sehingga jam 2 pagi, masih kedengaran bunyi yang tidak menyenangkan itu. Ibu mereka memasang ayat suci Al-Quran untuk menenangkan keadaan.

Akhir sekali, kesemua ahli keluarga yang ada terpaksa tidur sebilik kerana terlalu terganggu dengan bunyi tersebut

Namun begitu, segelintir pengguna Twitter turut menjelaskan bahawa bunyi guli yang didengari bukanlah seperti yang disangka.

Ianya merupakan...

Apa pula pendapat anda mengenai isu ini?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian 'seram' lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: