seismik

[VIDEO] Masuk Kedai Buka Kasut, Gelagat Lelaki Ini Buat Netizen Geli Hati

Tak payah buka kasut rupanya.

Cover image via @mizanejan_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak dahulu lagi, masyarakat Melayu sudah mengamalkan budaya membuka kasut setiap kali masuk ke dalam rumah

Kini, bukan sahaja di rumah malah kebanyakan kafe sudah mula mengenakan syarat membuka kasut untuk mengekalkan persekitaran yang bersih.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila lelaki di dalam video @mizanejan_ ini tanpa berfikir panjang membuka kasut dan terus masuk ke sebuah kafe. 

Lihat video penuh di bawah:

Kafe cantik sangat sampai ingat kena buka kasut sebelum masuk

Menerusi video yang dikongsi oleh @mizanejan_, kelihatan dua orang lelaki itu baru saja sampai ke sebuah kafe.

Salah seorang daripadanya dengan selamba membuka kasut untuk masuk ke dalam dan meninggalkan rakannya di belakang.

Tidak lama kemudian, pekerja kafe di situ menyuruh lelaki tersebut berpatah balik dan memakai kembali kasutnya.

Kalau saya pun buka kasut sebab nampak bersih sangat - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1M tontonan, 89.2K tanda suka dan 650 komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pantang nampak lantai bersih terus nak buka kasut ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: