seismik

[VIDEO] Kawan Dah Ready Nak Main Badminton, Sekali Buka Rupa-Rupanya Terbawa Pemukul Lalat

Aduhai bang, macam mana boleh salah tu.

Cover image via @amirulfareez0 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bersukan atau beriadah kini sudah mula dibenarkan dengan mengikut SOP yang ditetapkan

Ingat, kita masih belum menang melawan penyakit berbahaya ini. Namun, kini kita semua boleh melakukan sedikit demi sedikit rutin harian kita seperti biasa.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki terbawa pemukul lalat untuk bermain badminton telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@amirulfareez0 Bila dah bersemangat nak main #fyp suara asli - yada sw

Kena 'scam' bawa pemukul lalat dalam beg raket

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang sekumpulan lelaki sedang bersedia untuk bermain badminton bersama.

Namun, salah seorangnya dilihat mengeluarkan raket daripada begnya. Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia rupa-rupanya mengeluarkan pemukul lalat dan bukanlah raket.

Situasi itu membuatkan dia terdiam seketika sambil ditertawakan oleh rakan-rakannya di situ.

"Duduk tepi bang, smash lalat" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 184.6K views, 10.5K likes dan 283 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alamak bang, macam mana pula boleh tersalah tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik